Wednesday, May 10

You eat and start scratching all over the body



ALLERGIC THINGS
Tiada siapa yang kisah bila kita alergik dengan Strawberry protein. Sebab kenapa? Yang tahu aku beralergik strawberry mesti akan buat muka tidak percaya. Dalam hati aku tahu dorang akan cakap, biakkk betoi orang ni, nyampahnye. Setakat ini, hanya ada dua orang yang aku tahu memiliki alergik seumpama itu. Aku, dan Along sepupu sekali.  Haha! Aku tidak kisah sebab strawberry tu bukan makanan asasi. Cuma bila kek, minuman, makanan, gula-gula berperisa strawberry, I am the first to stay I dont want. Adik bongsu selalu beli minuman strawberry untuk mengelak minuman diminum, lepas tu tergelak geli hati mengasi ketawa dengan adik beradik lain. Haha.

Cuma beberapa bulan lalu, selepas menjemput abang & adik lelaki di airport, kemudian makan di Todak Waterfront di Kota Kinabalu, kami lalu memesan makanan-makanan laut. Setelah dua jam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Ranau, barulah badan mula gatal, telinga dan antara sendi-sendi gatal, belakang badan gatal, kaki gatal. Sehingga aku habiskan masa mandiku yang lama dengan menggaru badan. Siap mandi, letak cap kapak seluruh badan, tidur. Untuk ke hospital malam tu, aku sudah tidak terdaya sebab keletihan dan over penat. Tertanya-tanya juga kalau makanan laut tadi buat aku gatal-gatal. Sedapkan hati, mungkin makanan tidak segar! Paksa tidur, and the day after, badan sudah tidak gatal tapi masih kebas.

Hari ini, makan sup seafood, terpaksa sebab sup daging belum ada. Seafood yang ada cuma udang. Lain-lain hiasan tu biasa la fish cake, meat ball. Selepas dua, tiga jam, aku mula menggaru dari hujung rambut ke hujung kaki. Hahaha! Tapi ia tidak seteruk mana mungkin sebab udang yang dimakan cuma 5, 6 ekor kecil. Jadi, berhati-hatilah aku dengan udang lepas ni. Whats next? Semua tidak boleh makan. Sandi kita begini. #Miles30