Monday, May 1

Sibling hang out


HANG OUT
#Ranau Adik kami rindukan kawan-kawan sepasukannya semasa MSS Malaysia di Penang. We asked him why so sad? Dia kata kawan-kawannya lucu, pasti dia tidak akan temui kawan yang sama macam tahun ni. So, we told him not to worry, begitulah lumrah bersukan. Kenal ramai kawan setiap tahun, rindu kawan lepas sukan perkara biasa yang akan dihadapi olehnya. Semalam, seharian menangis. We told him again, jangan sedih, kami pun boleh jadi macam kawan2nya, boleh jadi lucu, boleh kasi gembira. Dia menangis lagi.
Jadi apa yang kami bertiga cuba lakukan, merancang perjalanan-perjalanan hari Isnin supaya diisi dengan kegembiraan dan tidak terbawa-bawa mood sedihnya. Makan Ngiu Cap, our national food =P & karaoke. Sudah agak lama meninggalkan arena karaoke. Bila diflashback, paling akhir aku menghabiskan masa gila-gila berkaraoke bersama adik beradik adalah pada zaman maktabku. 

Kami berempat, Bana, Alal, Eman &  aku sanggup mengorek duit tabung & mencari duit syiling di rumah semata-mata untuk kami dapat lepak di Ice Cold & karaoke 1 lagu 50 sen di pusat karaoke di Pekan. Sudah tu paling lucu, kalau ada 1 lagu yang best untuk dinyanyikan, lagu tu akan berulang 3,4 kali sebab setiap sorang pun mahu nyanyikan lagu yang sama. Haha~ Masa itu, adik ni masih kecil, belum sesuai dibawa lepak & karaoke.

FOOD & KARAOKE
Jadi, destinasi karaoke pilihan, Family KBox Pekan Ranau. RM25/hour, untuk bilik VIP. Jadi bertebaran la masing-masing memilih lagu untuk karaoke. Di mulakan dengan Kiss While Your Lips Are Still Red oleh Nightwish yang tidak dihabiskan sebab suaraku tidak dapat angkat lagu, tapi feeling terlebih! Haha! I was so excited bila ingat balik dulu beginilah kegiatan kami hujung minggu dan waktu cuti sekolah, yang sekarang ni sangat sukar dikembalikan sebab masing-masing sibuk dengan kerja, dan belajar, waktu cuti susah nak sama. Jadi untuk menghiburkan lagi hati adik bongsu kami, maka keluar la gila2 nyanyi Ba Ba Black Sheep, ABC Song, BINGO, Hello How are you & macam-macam lagu lagu kanak-kanak lain. Macam hantu yang sedang karaoke. Menyanyi dan mengilai macam gila. Hehe~ 

Apapun gilanya, the objective achieved - untuk buat adik kami gembira <3 p="">