Monday, May 8

Losing something precious



#Miles30 Kita genggam erat tali-tali yang menyambungkan kita dengan pelbagai harapan dan impian. Namun, seerat mana dan sekuat mana pun ia, akan ada kecuaian dan kesilapan terjadi. Kadangkala angin kuat meniup, atau tali terputus dek ribut, atau si pemegangnya yang terlalu leka menyusun harapan dan impian yang menggunung, sehingga satu-satu tali terlepas dari genggaman. Semalam tetap kenangan yang indah-indah - biar pahit biar manis. Hari ini, telan pedihnya terlepas harapan dan impian. Esok siapa tahu apa ceritanya? Kita tentukan sendiri esok bagaimana jalannya :)