Saturday, April 29

Tidak perlu peduli apa orang nak kata...


#Ranau I found people nowadays lebih menjaga hal orang lain banding hal sendiri. Mau tanya bila? Kenapa? Mengapa. Benda-benda tu semua tidak dicakap bah, tidak perlu dicanang pasal benda-benda yang berkaitan dengan perancangan dalaman keluarga. Kamu tidak tahu komitmen apa yang kami semua pikul. Kamu tidak tahu tanggungjawab lain yang kami perlu sambut. Kamu tidak tahu prioriti kami, apa yang telah dirancang jangka pendek dan jangka panjang.

Satu saja mahu kata, cakap, umpat, keji, hinalah keluarga kami sebanyak yang kamu mampu, sebab sebanyak itu juga Tuhan akan bagi rezeki  kepada kami sekeluarga. Bukan tanggungjawab kamu untuk menyentuh perasaan orang hal-hal sensitif, bukan tanggungjawab kamu untuk menyakitkan hati orang lain dengan kata-kata kamu. Malu sikit. Tengok anak masing-masing.

People, stop asking benda yang bukan jadi keutamaan dan bukan jadi hal kamu. terutamanya benda sensitif berkaitan perancangan keluarga. Just jaga tepi kain anak-anak kamu, sebab aku tengok kain-kain anak kamu juga terlondeh dan tidak dijaga serapinya.

No hate.