Tuesday, April 4

The disgusting case in the athletics:The glory day that somehow will be forgotten


THE GLORY DAY
MSS Sabah Balapan & Padang 2017. The writing is about our little pumpkin, Jad Rizalman. My boy made it to 11.97sec (et) in 100m U12. Rekod semasa adalah 11.9 (ht). Tidak semua tahu apa itu et & ht, atau kepanjangannya electronic timing & hand timing, perbezaan et ke ht adalah lebih kurang -0.2s, dengan kata dan explanation yang lebih mudah.

Jadi, kisahnya di Tawau #MajlisSukanSekolahSabah2017, kesemua olahragawan dan olahragawati yang dipilih adalah dari dalam kalangan atlit acara padang. Kenapa? Kerana kesemua acara balapan dikira sebagai rekod baru kejohanan untuk et. Maksudnya, semua rekod yang dicipta dalam kejohanan ini, walaupun ia lebih baik dari masa ht sebelumnya, tidak akan dikira sebagai memecahkan rekod kejohanan lalu. Tapi mana keadilannya dalam menentukan olahragawan dan olahragawati kejohanan? This is MSS Sabah, guys! 

Kalau pun kesemua acara balapan dikira sebagai rekod baru, tidakkah dilihat sebagai satu tindakan yang sewenang-wenangnya melaksanakan tugas tanpa melaksanakan ia dengan detail dan terperinci?  Iya, tidak lupa untuk menulis bahawa masa ht diambil juga dalam kejohanan ini sebagai back up. Back up? Kalau betul ia back up, kenapa masa2 tersebut tidak diambil sebagai back up untuk menentukan olahragawan dan olahragawati? Tidaklah kesemua olahragawan dan olahragawati terdiri daripada atlit padang semata-mata. Baru ada keadilan untuk semua peserta, keadilan untuk atlit acara balapan yang telah berusaha untuk berjaya memperbaiki masa?  Bagi saya dan beberapa individu yang lain, masa et yang diambil buat pertama kali bagi acara balapan boleh diiktiraf sebagai rekod baru bagi et, tapi untuk menentukan olahragawan dan olahragawati secara adil, back up ht perlu dirujuk.

Akhirnya, kesemua olahragawan dan olahragawati terdiri daripada atlit padang. Kecuali ya! Perempuan bawah 18 tahun dan perempuan bawah 13 tahun yang sememangnya tidak ada seorang pun atlit acara padang yang berjaya memecahkan rekod. Siapalah mereka yang bertanggungjawab dalam menentukan olahragawan dan olahragawati ini? Mereka cuma menjalankan tugas mematahkan semangat mereka yang selayaknya mendapat piala itu. 

What I really wanted to say, kalau bijak manusia-manusia yang mengurus sukan ini dalam menentukan piala olahragawan dan olahragawati milik siapa, the title for U12 boy indeed belong to my brother :) Because of what? 100m 11.97sec (et) sekurang-kurangnya akan mencatatkan masa ht 11.7sec. 11.7 guys! 1974! 43 years old record. He was just 12 years old when he got those personal best. Bukan sekali, malah berkali-kali dia buat masa yang sama, and as we have known, kesemua pemegang-pemegang rekod lampau dalam 100m U12 adalah age project. I tell you all. Age project! Rekod bapak2 baitu. Hehehe~

I just someone who think my little brother, aged 12 years old during the meet, 2017, selayaknya dapat title olahragawan under 12 Kejohanan Balapan & Padang MSS Sabah 2017, di Tawau, dan bukannya mana-mana budak yang berusa 17 tahun yang bertanding di bawah kategori 12 tahun. Haha! Shame on all of the coaches yang meletakkan bapa-bapa untuk bertanding dalam kategori 12 tahun ke bawah. 
Any questions don't and sharing information about the related topic, atau mana lah tahu kamu berfikiran yang sama, don't hesitate to ask. Email me.
#Tawau