Tuesday, March 28

Too lazy to be lazy


BUSY MORNING
#Miles30 Sesungguhnya, hari ini hari yang mengenyangkan. Kenyang dengan Rancangan Pengajaran Harian. RPH untuk 3 minggu. Hahaha. Mau cakap malas, tidak juga malas. Mau cakap rajin, tidak juga rajin. Jadi di tengah-tengahlah sebab pagi ini siap RPH untuk minggu ini, minggu sebelum cuti :p, dan minggu depan. Jadi maksudnya? Terlebih malas atau terlebih rajin? Apa jadi kalau minggu ni pun ikut rasa malas? Tidak kisah la malas ka rajin, yang penting siap RPH, siap sisi e-filing, siap isi markah SAPS, siap apa yang perlu disiap sebelum nama naik.


Dalam setahun, aku ada beberapa musim yang mungkin tidak sama seperti musim di Malaysia yang panas & lembab sepanjang tahun. Musim yang aku ada - musim sukan, musim durian, musim malas, musim rajin, musim makan, musim kenyang, dan beberapa musim lagi. Sekarang ni musim sukan, jadi banyak kerja yang perlu disiapkan awal untuk membolehkan aku turut sama menonton sukan olahraga. Tapi apa yang dilakukan hari ini, adalah untuk mengurangkan beban kognitif, & fizikal minggu depan. Next week gonna be busy, ke sana ke mari, walaupun merancang untuk ambil cuti selama dua hari.

Mudah-mudahanlah cuti diperkenankan oleh duli yang maha mulia di sekolah. Hehe~