Saturday, March 4

Nut for the evening


NUT FOR THE EVENING
#Miles30 Makan kacang. Bukan ada apa benda mau dibuat hujung minggu ni. Sepatutnya ke sekolah mengecat kelas. Tapi dalam firasat aku ni, mungkin sampai tahun 2020 pun kelas 2 Alfa tu tidak akan ada cat. Haha.

Tayar kereta pula bermasalah. Kelmarin semasa mencuci artifak ni di Car Wash, pakcik tu beritahu tentang gelembung tu. Nasib baik ada yang perasan. Kalau tidak.. Hmm.. Ada gelembung di bahagian tayar depan, sebelah co-pilot.
Jadi aktiviti penting hari ni, cuma menukar tayar asal ke tayar spare secara individu di parking rumah sewa sebelum diganti di bandar Senin nanti. Mau salahkan pengeluar tayar pun susah juga. Salahkan diri sendiri la sebab baru pun kereta usia setahun lebih tapi luka sana sini, tidak alert langsung masuk lubang sana sini. Lepas ni akan lebih hati2.. Maka bertebaranlah duit ke angkasa lepas~

I had a reason to feel happy today. Why? Mungkin sebab aku tukar sendiri tayar harini tanpa dibantu siapa2. Hahahaha~ The thing I always think I dont have confidence to do - tukar tayar kereta.. But now I enjoy it so much. Tak kenal maka tak cinta kot..