Saturday, March 18

A twelve years old boy with 11.7s in 100m



THE YOUNG BOLT
#Ranau Selepas video yang dikirim oleh adik lelaki di Facebook, ia menjadi tular di media tersebut, termasuk melalui penulisan beberapa artikel dalam laman web hiburan seperti Mynewshub, Sokernet dan beberapa yang lain. Tidak terkecuali beberapa wakil media seperti Utusan Malaysia yang menghubungi keluarga untuk menemuramah adik ni berkenaan dengan pencapaiannya dalam mencatatkan masa 11.7s pada temasya MSS Daerah Ranau, Sabah. Memikirkan untuk tidak terlalu meletakkan adik ke tumpuan yang besar, dan memberi fokus kepadanya untuk berlatih, maka semuanya ditolak kerana perjalanannya masih jauh, baru berusia 12 tahun, dan kegiatannya dalam bidang olahraga baru sahaja mula tumbuh. Masa depan juga tidak terjangka bagaimana perjalanannya.

Apapun, doakan kejayaan yang berpanjangan dan rezeki yang baik di masa hadapan. Amin. Tahniah Rizal!