Saturday, February 25

The time when no one know who is him


LITTLE BROTHER
Mengambil sikit ruang untuk menulis tentang adik bongsu. #JadRizalman Imbas kembali tahun lalu, lupa dalam lingkungan bulan berapa. Aku ke Kota Kinabalu untuk mengambil tiga budak. Mengambil Eman di Airport, mengambil Alal di UMS, dan terakhir mengambil Rizal di Kompleks Sukan Likas. Masa ni dia masih berumur 11 tahun, semangat untuk menyertai olahraga sudah terlalu tinggi. Mulanya aku sendiri malu sebab macamana dia hendak bersaing dengan atlit lain yang lebih besar, umur lebih tua. Dia tanpa kerisauan, ikut juga. Pendedahan.

Bermula kisah, dia baru selesai lari final kategori bawah 14 tahun kalau tidak silap, Sabah Open. Sepanjang dalam perjalanan pulang ke Ranau kami bersembang panjang. Saringan, nombor 7. Dia kata, jangan risau, ada yang lagi belakang dari sy. Nombor 8, tingkatan 1. Haha. Lucu bila ingat. Tapi semangat dia tidak pernah patah. Walaupun ketika itu dia belum dikenali ramai, tapi dia tetap dikenali dalam kalangan rakan-rakan atlit dan jurulatih, dikenal dengan nama 'anak washif', 'adik ini ini ini'. Tapi sekarang, he can stand on his own. Sudah ada nama sendiri. Doakan dia mencipta lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan, dalam sukan dan akademik.

Amin.