Monday, September 19

Back to routine again


BACK TO ROUTINE
Selesai kelas Teras untuk harini. Tinggal saja kelas Pendidikan Jasmani petang nanti. Hujan sejak sejam lalu. Pendidikan Kesihatan la jadinya.
Kelas 3 Beta seperti biasa tapi banyak peningkatan dari segi bacaan. Yang terover confident pun ada. Faiz. Also dibaca al, then dibaca the, sheep dibaca she. Pandai membaca sebenarnya tapi terlalu mau cepat takut dikasi kalah buddynya & semestinya mengejar pujian dari teachernya juga. Hehe. Asrina pula semakin kuat volume suara & makin lancar membaca. Senang hati cikgu dengan budak2 LINUS ni. 
Kelas 2 Alfa, sibuk menyampai berita dorang dapat naib johan pertandingan koir sempena kemerdekaan hari Jumaat sebelum cuti pertengahan penggal kedua yang lalu, membawa lagu 'Setia Malaysia'. Masa yang sama sibuk juga pulak menagih hadiah. Hehe. Ada murid yang bertanya, "Teacher pg mana masa hari merdeka?" Haku jawab, "Teacher sakit." Sakit Jumaat namanya. Hmm.. Back to school, back to work, back to Sandakan.  
PLANNING TO MOVE
Dalam perjalanan pulang ke Sandakan, aku ligat terfikir untuk pindah dekat dengan keluarga di Ranau. Harap dalam setahun dua lagi dapat pindah Ranau. Lagi, plan mahu pindah dekat dengan sekolah untuk jimat tenaga dan masa, kalau boleh sekarang ni juga. Jadi, perlu buat pemerhatian di kawasan Batu 32 Sandakan kalau kalau ada bilik yang disewakan. Tersangatlah exhausted setiap hari perlu memandu sejam ke sekolah dan sejam pulang rumah. Penat. Lagipun itu saja cara yang boleh dibuat supaya aku dapat jimat penggunaan tenaga dan pulang Ranau setiap minggu. 
Siap menaip, masih hujan. Jadi, aku pon masih duduk2 di kantin sekolah minum Milo Ping. Dalam hati, hujan la kau sampai petang. Amin.
#KantinSkSegaliud