Sunday, August 14

Time for changes


Ada sesetengah perkara yang aku tidak layak untuk berbicara, salah satunya bercakap atau menghurai tentang kejayaan. Aku sebagai manusia yang hanya mencapai kejayaan untuk kebanggaan sendiri dan keluarga, masih dan sentiasa layak untuk bercakap tentang perubahan.  

CHANGE WHAT YOU CAN'T ACCEPT

Ada beberapa perkara yang kita jarang dapat terima, salah satunya - tidak senang melihat kejayaan, kemajuan orang lain. Dengar sini manusia-manusia... Kejayaan tidak akan muncul tanpa usaha. Jika ada yang iri atau hati penuh kebusukan, mulalah berubah, mulalah berusaha, nescaya kau akan dapat lebih banyak lebih tinggi. Seseorang itu berjaya kerana usaha yang dia lakukan sejak dulu tanpa penat lelah. Kamu tidak melihatnya, tapi kami melihat sedari awal sehingga saat ini.
Kepada yang ringan tulangnya mahu merosakkan seluruh keluarga aku, terutamanya untuk melihat ahli dalam keluarga aku hilang segalanya, minta maaf ya.. niat kamu tidak akan berjaya kerana kamu sudah terlebih dahulu rosakkan diri kamu dan keluarga kamu. Silalah kutip balik sampah dan syaitan2 yang kamu tabur dengan harapan mahu merosakkan apa yang kami miliki. Penganiayaan kamu terhadap kami, walau siapapun kamu, adalah perbuatan terkutuk yang akan dapat balasan setimpal dan lebih lagi. Amin.
Cukuplah dengan cemburu. Cukup dengan iri. Cukup dengan merosakkan rezeki orang.
Its time for changes, people!
#RanauTown #Home 1:45PM