Saturday, May 16

16th May: A story of a novice teacher.


Midnight, 1:11 AM, 16th May.
Home.

HAPPY TEACHER'S DAY
I never wanted to be a teacher, nor dreamt to involved in this type or kind of job or profesion. Masa kecil masih comel-comel dulu, angan2 silih berganti antara ingin menjadi seorang pegawai polis, doktor, model, akauntan.. Guru tiada dalam senarai. Teman-teman yang sibuk dengan cita-cita ingin menjadi guru adalah mereka yang memang anak guru, atau ada kaitan dengan guru-guru ni.. Ex: jiran guru, suka dengan guru tertentu, dan sebagainya.

Umur 18 tahun, masuk ke Kolej Matrikulasi Labuan dengan pengkhususan Sains Fizik. Yang ini juga bukan minatku. Untuk belajar sehari suntuk berterusan tidak tentu hala, juga bukan minatku. Bukan minta puji, but I like study. Mentelaah buku, buat kerja... Tapi bila sampai terpaksa jadi noob dan terpaksa belajar sepanjang masa, sorry.. Bukan tasteku juga. Banyaknya yang dilalui tu bukan taste aku kan? Biarlah.. Masa muda masa untuk memilih. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Umur 18 tahun juga aku tamatkan pengajian di KML setelah mendapat tawaran ke Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah. Dapat pengkhususan yang sememangnya aku sudah terkhusus sejak azali, Pendidikan Jasmani. I proud to tell u.. I was born with my father gone for the athletic competation, membesar di padang dan rumah, membesar dengan video-video sukan, ideas about sports, ikut daddy yang juga coach kami adik beradik di padang, dan macam2, membesar sepanjang sekolah rendah dan menengah dengan menjadi atlit olahraga Sabah, dan akhirnya menyambung pelajaran dalam bidang pengkhususan yang sama. Aku rasa ia adalah kejadian yang mempunyai kesinambungan yang sangat baik dan sempurna.

5 years and 6 months. Habiskan masa dengan menimba pengalaman yang mendewasakan. But i still thinking along the ways, inikah bidang yang aku minat? Betulkah guru? Betulkah bidang ini? Aku bertanya dengan diri sendiri dan beberapa orang disekelilingku, apa akan aku lakukan di sekolah kelak? Semata-mata untuk mengajar Pendidikan Jasmani? Aku tamatkan pengajian dengan CGPA 3.88, dan menghasilkan sebuah buku kajian tindakan di bawah kurikulum Pendidikan Jasmani.

Tidak sampai dua bulan bercuti setelah menamatkan pengajian, aku menerima surat panggilan melapor diri ke sekolah. Sekolah Kebangsaan Segaliud, Sandakan, penempatan pertama dalam bidang pendidikan. Di sekolah, aku diberi mandat mengajar budak tahun 2 untuk subjek Bahasa Inggeris 20 waktu seminggu, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan masing-masing 2 waktu seminggu. Bermula saat itu sehingga tiga bulan pertama menerima mandat mengajar Bahasa Inggeris, aku kembali menjadi gila dan sakit mental. Maka bermulalah segala adegan malas ke sekolah, konflik dalaman otak kerana masih tidak dapat kuasai pedagogi Bahasa Inggeris di samping cabaran untuk menyesuaikan diri dengan guru lain dan sekolah baru. Mula dari rancangan pengajaran sampailah ke faktor murid, I can't adapt well.

Benda yang paling membuatkan aku sakit mental adalah bila lawatan dari Pejabat Pendidikan Daerah untuk pemantauan pelaksanaan LINUS. Hahahaha~

Masuk bulan keempat, aku mula menyesuaikan diri dengan Bahasa Inggeris, dan aku lebih minat untuk mengajar budak2 tercorot untuk membaca kerana aku bangga apabila dapat melihat perubahan dalam diri budak-budak kecil ini. Mulanya dulu, segelintir murid aku terketar-ketar membaca, tapi sekarang aku bangga melihat mereka yang terdiri daripada budak kelas corot ni yang sudah boleh membaca dengan baik dan boleh pula mengetuai bacaan di depan kawan-kawan yang baik. Itulah kepuasan sebagai seorang guru sebenarnya, apabila melihat perubahan tingkah laku daripada yang kurang kepada yang lebih baik. Eh... Ada seorang budak pemulihan tegar boleh membaca teks Bahasa Inggeris. Bukankah itu atas usaha dan tanggungjawab seorang guru? Alhamdulillah. 

Aku semakin dapat menyesuaikan diri menjadi seorang guru. Hope for better me next time :)

Kemudiannya, aku simpulkan. Mengajar Pendidikan Jasmani dengan minat terhadap sukan adalah dua perkara yang berbeza. Aku adalah peminat nombor 1 sukan olahraga, tapi aku enggan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Minat untuk mengajar subjek Pendidikan Jasmani sememangnya tiada. Jadi untuk apa belajar dengan pengkhususan Pendidikan Jasmani di IPGM selama 5 tahun 6 bulan? Pedulikan. Yang sudah berlaku biar berlaku. I will move on my teaching in English Language.

Ahhh.. Apapun, seorang guru, macamana sekalipun tahap minat atau tidak minat mereka terhadap bidang keguruan ini, tanggungjawab tetap ada. Rasa tanggungjawab untuk melaksana tugas dengan baik, kerana seorang guru juga sedar ada insan yang perlu diubah kehidupannya sebagaimana beberapa orang guru telah berjaya mengubah hidup aku sehingga juga menjadi seorang guru Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di sekolah hari ini. Terima kasih cikgu-cikgu. Tahniah buat diri sendiri kerana berani terima cabaran dan bergelumang dengan dunia serba baru di sekolah.

Happy Teacher's Day.