Sunday, February 8

The last house on the left



KRIK KRIK KRIK
Semalam meninjau kawasan kuaters guru di SK Segaliud, Sandakan. Dari luar, ke dalam, dan ke belakang. Mulanya aku okey, kerana bagi aku tujuan utama aku mencari kerja adalah untuk cari bajet untuk macam2 yang aku da plan dan akan aku buat selepas aku kerja. Rumah ni adalah bangunan kedua di sekolah ni yang berusia lebih 20 tahun. Rumah tertua pertama adalah satu rumah kosong di sebelah rumah yang akan aku tinggal. Kiranya, rumah yang bakal aku duduki itu adalah the last house on the left.

Ceritanya bermula dengan, husband kak Jun yang juga kerani sekolah mula bercerita dengan security dan pemilik lama yang sudah berpindah ke kuaters guru yang baru. 'Dulu, lepas ada apa2 aktiviti di sekolah, kalau aku sudah bagitau isteri aku aku pulanh, maknanya ada sesuatu la di kawasan ni. Xxxxx xxxx xxx xx xxxxx... ' yang xxx ni adalah ayat2 perbualan yang tiba2 ditukar ke bahasa Suluk, seolah-olah menyembunyikan sesuatu yang tidak ingin diketahui oleh aku.

Aku yang duduk di tepi tangga, bila sudah nampak adegan begini memang mula menganalisis fakta dan auta, mula terpesong hati dari ingin tinggal di kawasan kampung ni, apalagi kawasan sekolah. Mulanya, aku teringin tinggal d bandar, tapi bila memikirkan bajet sebagai guru permulaan yang takdak bajet, gaji pon bulan ketiga atau keempat baru masuk poket, barulah aku tergerak untuk tinggal di kuaters guru. Tp dengan keadaan rumah macam ni, penuh dengan semak dan cerita2 hantunya, aku rela angkat tangan dan lupakan bajet tu, banding aku tidak dapat tidur tiap malam sebab ketakutan. Lagi yang menguatkan sebab aku untuk berpindah ke bandar adalah kawasan sekeliling rumah yang dikelilingi pokok kelapa sawit dan pokok ara, lopak air yang banyak ditakungi air, longkang yang tiada aliran air.. ahh takut pula menghidap denggi x lama. Harharhar..

Lagi.. aku ada terima beberapa respon dari kawan2 tentang tempat ni. Bukan memburukkan keadaan, tapi biarlah.. sebagai persediaan awal menghadapi cabaran2 disini.. Kebanyakan mengatakan hati2 di tempat ni, sebab mereka da tau selok belok kampung ni.. tidak kurang banyak yang mengaitkan kampung ni dengan cerita hantu.. Aku paling anti dengan cerita hantu bila aku sorang2...

Dengarnya, GB sekolah dah booking 1 rumah guru, tapi belum berpindah kerana tiada kawan di rumah tu. Ohh.. itu rumah guri baru, batu lagi.. yang tinggal pun lelaki. Apa cerita pula dengan aku yang tinggal di rumah lama berusia 20 tahun, kayu yang berlubang2, pernah orang meninggal di rumah tu, dan bakal duduk sorang?

White flag.