Monday, February 16

So little time... busy woman


GETTING SO BUSY AND BUSY AND BUSY
Berada di permulaan alam pekerjaan membuatkan aku sibuk. Sibuk dengan apa? Entah dengan apa. Mungkin sibuk dengan sekolah, murid, rancangan mengajar, atau juga sibuk dengan kerja sampinganku menyiapkan kerja orang hinggakan aku tidak punya waktu untuk menaip walau sepotong ayat untuk dijadikan entri setiap hariku di tempat baru. Mungkin juga aku sibuk untuk membiasakan diri di tempat baru, alam baru. Aku saja tahu... 
Bukan hanya hari ini. Sebelum bekerja juga begitu.. setahun kebelakangan ini sangat jarang mengepost entri, walaupun aku sudah berjanji dengan diri sendiri agar tidak lupa untuk menulis entri di blog untuk setiap hari. Tidak kiralah walau hanya satu post. Jadi sibuk kerana apa? Mungkin kerana aku sememangnya busy woman kebelakangan ini. Haha.. 
Malangnya, tinggal janji semata2. 
Aku sangat sibuk.
Tidak cukup waktu untuk aku masukkan sejam dua waktu untuk aku menulis entri. Walaupun tiga jam.. atau pun empat jam. 
Aku sebenarnya memerlukan satu masa yang sangat lapang untuk aku menulis di blog, walau yang ditulis itu sepenting mana atau seremeh mana. Perlukan masa yang lama. Sekarang? Semua masaku diisi dengan membuat kerja orang, separuh lagi untuk kerjaku, sedikit masa untuk berehat dan tidur, dan antara masa-masa tersebut bersama orang yang disayangi yang berada di kejauhan. 
Lupa dunia. 
THE GOOD OLD DAYS
Adik perempuan menyelongkar blog untuk mencari gambar-gambar lama. Itu adalah kerja kami serumah kelmarin - mengimbau kenangan lalu melalui gambar. Dibaca.. dibaca.. dibaca.. ada beberapa post dan gambar yang buat dia ketawa. 
Aku terfikir, itulah sebenarnya tujuan aku mewujudkan blog ini. Supaya masa lalu dapat dilewati walau kita sekarang jauh beberapa tahun ke hadapan. 
Okey. dan sekali lagi, aku berjanji bahawa aku akan cuba untuk sentiasa menulis di blog untuk tatapan masa hadapan. 
Itu janjiku, yang pastinya akan tertunai atau tidak. 
Because I am a very busy woman.. hahah.

#BilikTidur #DisisiOlaf #Ranau #Lohan