Wednesday, February 4

Sekolah Kebangsaan Segaliud, Sandakan



LONG JOURNEY
Perjalanan Ranau-Sandakan bukanlah satu perjalanan yang panjang sangat. Cuma bila ia melibatkan perjalanan dari satu daerah ke daerah yang satu ini, perjalanan jadi lama kerana memerlukan kereta untuk sejuk2kan enjin sebelum meneruskan perjalanan. 
Jam 6.30, memulakan perjalanan dari rumah di Lohan, Ranau, ke Sandakan. Bermulanya perjalanan ni, maka tamatlah cuti aku yang sudah hampir 2 bulan penuh. Tiada kepuasan. Aku memang tidak akan pernah puas dengan cuti. Biarlah bosan macamana sekalipun.. biarlah goyang kaki lama sikit.. kan? Tapi rezeki datang awal, jangan ditolakkkk... 
Sepanjang perjalanan ke Sandakan, almaklum la.. lubang, jalan raya rosak, berada lama di belakang lori, kelapa sawit... memang latar tempat wajib dalam cerita ni.. wajib.. kalaulah aku masih bertugas di tempat ni suatu hari nanti, tempat ni lah yang akan aku lalui untuk balik ke Ranau. Sampai bila nompang bas kan? Sampai pencen tu tidak mungkin. 
Beberapa jam perjalanan, sampai juga di Sekolah Kebangsaan Segaliud, Sandakan, kira2 10 km dari checkpoint Sandakan (batu 32), ke arah Lahad Datu. 2 km dari simpang jalan besar ke sekolah ni. Agak mustahil untuk sesat di kawasan ni untuk mencari sekolah ni.. sebab selepas melintasi SMK Segaliud dan jambatan dari checkpoint, muncullah signboard ke SK Segaliud. 
Ketibaan di sekolah disambut oleh seorang guru yang mungkin tersedar ketibaan kami di sana yang tersadai agak lama di bawah pokok, di dalam kereta. Dia bawak aku untuk berjumpa dengan PK, En Ben. PK ni peramah orangnya. Dari satu topik ke satu topik pasal kebajikan2 aku di sekolah tu. Masalah utama yang timbul tentang rumah & tempat tinggal sementara. Bermula dari saat ni la kebingungan melanda aku. Berterbangan ditiup angin x tahu arah tuju & tempat berteduh. 
Menuju ke Sandakan. Yang ni legend. Aku muncul di sekolah dengan berbaju t-shirt. Muncul di PPD Sandakan dengan berbaju kurung. Iyalah.. aku ni memang boleh transform bila2 masa. Untuk mendaftar, aku pilih keesokan hari untuk ke sekolah. 
Petang ni, aku agak kecelaruan identiti. Tiada tempat berteduh, tiada tempat menumpang. Khabarnya, kuaters guru yang kosong masih belum dibersihkan, maka aku pun rasa seperti berada di awan nano, berfikir sepanjang jalan hendak menumpang sehari dua di rumah siapa. Ditengah-tengah pemikiran itulah seseorang menelefon aku untuk direct ke rumahnya bila tiba di Segaliud dari Sandakan. Lega hati. Sekurang-kurang ada insan yang memahami perasaan ni masa ini. Alhamdulillah.. ada jugak tempat tinggal buat sementara waktu. 
Apa pun, mahukan info yang lebih tepat, boleh direct check google map atau tanya jabatan tanah dan ukur, atau pihak2 yang berkaitan..

#RoadToSegaliud #Ranau #Sandakan