Friday, February 6

Rumah tumpangan di Segaliud



TUMPANGAN 
Untuk sementara waktu, aku menumpang di rumah orang kampung yang bagi aku sangat baik hati kerana menawarkan aku untuk tumpang tidur di rumah mereka buat sehari dua. Syukur. Ada orang yang membantu dan menganggap kehadiran aku sebagai kehadiran seorang dari keluarga mereka. 
Adat menumpang. Mestilah gatal kaki dan hati untuk keluar dari tempat yang ditumpang. Walaupun sebenarnya dady ada menghulurkan beberapa keping duit yang tidak perlulah ditulis disini, sebagai bayaran aku menumpang di tempat itu buat sementara waktu. Tapi masih tidak manis untuk aku yang menumpang dan terus menumpang. 
Jadi mula hari ini, chrome di telefon menjadi tempat utama aku menyelongkar segala iklan rumah sewa di sekitar Sandakan. Dan yang paling utama, aku kerap kalikan diri bertanya kepada kerani sekolah yang juga tuan rumah tempat aku menumpang agar mempercepatkan proses membersih kuaters guru yang kosong. 
Tidak sabar untuk keluar dari rumah, dan tidak mahu menyusahkan tuan rumah untuk menyimpan anak dara orang di rumah mereka. 
Berbalik dengan rumah dalam gambar di atas, rumah ni adalah rumah kerani yang juga tuan rumah, rumah ini. Rumah sangat besar, diperbuat dari kayu, dan 5 bilik. Saiz ruang tamunya adalah 2x ganda saiz 5 bilik tu. Can u imagine? Sangat besar dan luas. Rasanya memang budaya dorang la buat ruang tamu sebesar2nya... buntang mata tengok buat pertama kali. Ahhh.. yg tu belum termasuk dapur lagi yang besarnya 1/3 dari saiz rumah yang ada dalam gambar, dan bahagian ground floor rumah yang masih dalam pembinaan. Huaa huaaa... giler bapak besar rumah tu. Okey.. tamat cerita rumah besar dengan ruang tamu dua, tiga kali ganda... 
#Segaliud #Sandakan