Wednesday, February 4

First night..


FAR FROM HOME
Jauh dari rumah. Bukan untuk pertama kali begini. Beribu kali. Tapi hari ini lain kisahnya.. hari pertama aku berada di Segaliud, kerana aku ditempatkan untuk berkhidmat di sini. Menumpang rumah orang, walaupun untuk seketika.. Rasa sunyi berada ditempat orang, tidak setebal seperti dulu. Process of learning. Mungkin pengalaman berada di tempat orang mendewasakan aku. 
CRYING INSIDE
Imbas kembali 2006, & I was 15 years old that day. Daddy & kakak2 menghantar aku ke Asrama Likas untuk latihan pusat olahraga ke SUKMA Kedah. I was crying so bad lepas dorang pulang ke Ranau. I felt alone, I felt lonely, I felt having no one. Solitary.  
Tapi hari ini berbeza. Aku cuma hantar pemergian Dady & Mama dengan pandangan pasrah. Ke bilik yang akan aku duduki beberapa hari ke hadapan ini, menumpahkan setitik dua air mata, tarik nafas, senyum and I told myself.. 'Sampai bila mahu bersedih, nangis pun tidak akan kembalikan apa2. Hadapi saja dengan senyuman.' Jadilah dewasa, berfikir juga cara dewasa.
Keluar dari bilik, ukir senyuman selebarnya untuk diri sendiri & cuba menjadi ramah seramah-ramahnya. Beginilah hidup. Harus tabah dihadapi. Menangis hanya untuk mencari kekuatan & keyakinan. Jangan menangis kerana menyesal berada di tempat itu atau untuk menjadikan diri lemah. 
I'm here because I'm strong enough to face it.
#KampungSegaliud #RumahTumpanganKu