Thursday, February 19

Desa Cattle, Kundasang




DESA CATTLE
Kundasang, Ranau. Destinasi hari ini dengan tiga orang pelancong sambilan dari Sandakan. Hehehe. Untuk ke beberapa kali, akhirnya aku berjaya bergambar dengan lembu2 hitam putih dengan keberanian duduk hampir dengan lembu. Lepas gambar, blarian melompat hampir terjun dari bukit bila lembu2 secara medley merengus. Hahaha! Apa pun, kedudukan ini adalah kedudukan yang paling hampir aku mampu untuk bergambar. Lebih dekat dengan itu, atau di tengah, atau di atas lembu, lain hari la ye nak. 
Minum susu segar hanya ada di sebelah petang, kata petugas di kaunter masuk ke ladang. Tidak rugi pun, Kundasang bukan jauh dari rumah aku semata2 utk rasa susu yang segar dari ladang... kecuali, ia.. susu2 yang sudah dipack untuk dijual dan dieksport ke serata negeri Sabah. 




FRESH MILK
Susu segar yang sudah dipack direct keluar dari kilang dan dijual kepada pengunjung Desa Cattle. Ini adalah susu yang aku minum di sepanjang tempoh persekolahan aku di Sekolah Kebangsaan Lohan, Ranau - batch 1997 - 2013 kerana sekolah dibekalkan dengan minuman free ni untuk murid-murid pada zaman tu.  
Harini juga adalah hari pening, mual dan loya sedunia lepas dengan syoknya minum 500ml susu lembu segar (plain) + 500ml susu lembu (coklat) + 250ml susu kambing (plain). Rasakan akibat yang tragis bila minum susu sebanyak itu dan naik kereta pula.. tolonggggg! 
Anyway, great tour today with them. 

#Ranau #Kundasang #DesaCattle