Friday, February 13

Comin' home.. again..


HOLIDAY
Cuti tahun baru Cina. Tiada murid dan tiada guru kaum Cina, tapi cuti raya Cinaku seminggu. Jangan jeles. Aku bertanya dengan kerani, 'Digantikah cuti ni?' Ehem... bukan apa. Aku bukan tipe rajin datang sekolah. 'Ikut lahh.. kalau gb suruh ganti, kita ganti. Kalau gb sporting.. ahh.. tanda saja ada sekolah.' Ayat yang ni memang kena dengan selera aku. 

COMING HOME

Oleh kerana aku adalah guru permulaan yang gajinya kemungkinan hanya akan diterima selepas bulan kedua atau ketiga bekerja, maka aku akan pulang kampung dengan bas. Forever bas.. hahaha :p dari zaman sekolah rendah cater dengan Bas Pian. Sekolah menengah cater bas dengan bas husband unty Noraini. Zaman maktab, pulang Ranau dengan bas mini Keningau-Ranau. Zaman awal kerja pula dengan bas Express Sida. Mudah2an dimurahkan pula rezeki aku berkereta sendiri lepas tamat ambik lesen buat kedua kali ini.  
Selamat bercuti kepada guru-guru yang bercuti seminggu :D :D 
#SKSegaliud #BilikGuru