Wednesday, February 18

24hours tour guide



SHORT VACATION
You make me crazy, you make me wild, just like a baby, spin me 'round like a child, your skin's so golden brown... Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu, dapat watsap dari Intan, tanya awak kat maneee.. awak awak kat mane... otw ke Kota Kinabalu. Rupanya dorang plan untuk datang bercuti di Ranau. Barang dua tiga hari..  
Kejadiannya, harini setelah semalam di Kota Kinabalu, pulang seawal mungkin ke Ranau. Dalan kiraan aku, dorang akan sampai di ranau selepas tengahari.  
24 HOURS TOUR GUIDE
Oleh kerana hari sudah jam 2 petang dan untuk jalan sepuasnya di Kundasang, tidak akan sempat. Kerana kebanyakan tempat yang boleh dilawati akan tutup jam 5 ke 6 petang.  
Makan tengahari sebelum ke Poring Hot Spring kerana dorang sudah kebuluran dengan perjalanan 4 jam dari Sandakan ke Ranau. Usai makan, direct ke Poring, meninjau kawasan sekeliling dan merasai pengalaman melalui Canopy Walk - 4 laluan jambatan atas pokok di Poring. Itu saja aktiviti yang boleh dibuat petang ni oleh kerana dorang tidak membawa pakaian ganti masuk ke kawasan peranginan ni, dan jarak untuk ke gua2 agak jauh dalam jam2 yang agak lewat ni. 
Lepas bawak dorang melawat Poring Hot Spring, balik ke pekan semula. 
24 hours tour guide.  
#Ranau #PoringHotSpring