Friday, January 2

Hello goodbye


2015

Impian-impian digapai dengan perlahan sekali, tetapi sering impian-impian yang telah tercapai berlalu dengan pantas. Kenapa begitu? Mungkin kerana kita terlalu menantikan hanya satu saat indah yang kita harapkan untuk dicapai, tanpa berharap juga dengan perkara yang lainnya.

Seperti tahun-tahun yang sudah berlalu, aku meletakkan beberapa tetapi bukan bertimbun azam untuk aku capai sepanjang setahun, di setiap awal tahun. Dan azam2 inilah yang aku cuba capai walaupun hakikatnya ada masa azam aku ke laut, azam aku ke sungai, azam aku melencong ke sana sini. Tapi akhirnya perhentian azam tetap sama, sama ada tercapai, atau cuba lagi di tahun depan. Kisahnya tetap sama untuk tahun 2015, azam baru tetap ada.

THROWBACK 2014
Tidak banyak yang perlu diimbas semula. Sebagai seorang pelatih guru, sudah tentu aku antara 10 yang termalas di dunia sama ada untuk masuk ke kelas, atau untuk daftar masuk ke kampus. Tapi ingat! Tidak bermakna bila aku malas, aku lupa dengan masa depan. Semalas2 aku, matlamat aku tetap ingin berjaya. Hehehe.

Mengimbas kembali tahun 2014, semester pertama banyak dihabiskan berada di sekitar Tambunan, Kampung Kiawaiyan dan Kampung Nambayan di mana tempat aku berteduh selama tiga bulan untuk berpraktikum. Entah idea siapa yang rajin meletakkan kami 50km jauh dari kampus. Tapi akhirnya aku bersyukur kerana ditempatkan jauh dari manusia2 tertentu yang banyak ambil kesempatan dalam kesempitan.

Dan macam biasa, kerjaya aku selain sebagai pelatih guru, aku habiskan setiap masaku untuk menyelesaikan kerja orang, menyiapkankan tugasan orang dan tidak lupa menyiapkan tugas aku sehabis boleh agar tidak menganggu kerjaya sambilan aku.  I love this job. Aku inginkan satu kerja yang mana gajinya adalah mengikut tahap kepantasan dan kesempurnaan seseorang melakukan kerja. Kerja ini yang menyara kehidupan aku sepanjang berada di campus, belanja makan minum pakai aku adalah menggunakan duit2 hasil kerja ini. This life is about money, money, money $$$$$$.

Dan akibat kerja non-stop, tahun 2014 juga menyaksikan aku terkena dengan macam2 penyakit. Hehehe. Seingat aku, bermula dengan batuk2 akibat air mineral expired yang dibeli dari kedai runcit membuatkan aku batuk2 hampir sebulan. Bersambung pula dengan sesi migrain akibat kerja tidak henti2.. Julai, 2014.. Bermula dengan shoulder pain, kepada neck pain.. Antara saat hitam yang aku lalui tahun 2014 yang menyebabkan aku terpaksa melepaskan beberapa kerja orang untuk menumpukan sepenuhnya kepada sesi rehabilitasi bahagian belakang badan aku.. Siang sakit untuk duduk, malam tidak selesa untuk tidur.. Lebih 10x rasanya aku mengunjungi klinik untuk hal kesihatan, tidak termasuk beberapa sesi self-rehabilitation yang aku lakukan sendiri. Bila kita sakit, kita akan tahu siapa rakan kita sebenar. Ada rakan yang galak kita untuk give up segala usaha kita, ada rakan yang bagi semangat. Apa pun jenis kawan, biarlah mereka dengan status mereka hanya sebagai kawan.

Workaholic!

Tahun 2014, tahun serba mencabar. Depression dengan persekitaran di kampus, dikelilingi dengan orang2 yang kini bagi aku hanya sebagai mimpi, dan moment2 itu tidak ingin aku rasakan semula. Manusia yang cuba menjatuhkan aku dari pelbagai sisi. Tough year - tapi aku dapat mengharungi dengan sokongan beberapa orang yang selalu berada di belakang aku - family & ZE.

2014 juga banyak kejayaan. Anugerah Olahragawati Olahraga peringkat kebangsaan di Institut Pendidikan Guru Raja Melewar, dan Anugerah Pelajar Terbaik Akademik 2014. The sweetest moments I really want to achieved in my life. Viva untuk kajian tindakan yang serba kecil itu, tapi memberi impak terhadap kepercayaan aku atas kebolehan aku menghasilkan suatu yang lebih baik dari yang aku sendiri sangka. Dan satu lagi, conformation bahawa aku adalah salah satu penerima first-class untuk convocation nanti. Alhamdulillah.

December, 2014.. Sakit-sakit mulai surut. Aku mula mengamalkan cara hidup lama, bekerja sambil bersenam. Apa pun, gaya hidup sihat sangat penting. January 1st, 2015.. 3rd anniversary ZE & I. Happy anniversary :)

Ada benda perlu dikenang, ada benda perlu ditinggalkan. Move on :)

Home balcony, 14:38 PM, 2015