Thursday, January 1

Final countdown


MINUTES TO THE END
Beberapa minit lagi untuk menamatkan buku lama dan membuka lembaran baru, tahun 2015. Masa terasa berlalu dengan pantas walaupun dalam tempoh masa mengharungi hari2 dalam setahun, seribu satu macam perkara yang terjadi sama ada suka atau duka. 
Beberapa minit lagi untuk menamatkan buku lama, disitulah juga SESB membuat hal dengan memutuskan secara sengaja atau tidak sengaja bekalan elektrik. Tupp!! Tup yang disertai dengan ahhhh dari sanak saudara yang berada di rumah nenek, yang akan bersama menyambut tahun baru. Orang kata, dua tahun berada disitu.. dari tahun 2014-2015. Hehehehe. 
Tahun lalu, kami menyambut tahun baru dengan rasa syukur diucapkan dalam hati, disambut pula dengan lagu final countdown menanti saat2 terakhir tahun 2013. Best. Apa lagi apabila aku ada tetamu undangan sendiri, ZE, special dari Tawau. Ngehehe. Ditambah pula dengan letupan bunga api untuk mengalu2kan kedatangan tahun baru. Tahun ni, kami menyambut dengan karen putus, sambil mengira duit yang terbakar bagi setiap satu bunga api yang meletup di sekitar mukim Lohan. Hehehe~ 
Tahun baru, semangat baru, diri yang baru, dan semuanya baru.. Selamat tahun baruuuuu! 
Nenek's home yard, Ranau; 1 of January.