Sunday, January 11

Berbeza dengan petang ini, semalam cerah...


Semalam cerah. 
Petang ini hujan. 
Seumpama hidup kita, ada cerah, ada hujan. Ada pasang, ada surut. Ada di atad, ada di bawah. Ada yang bangun, ada yang tidur. Ada susah, ada senang. Ada gembira, ada menangis. Malah, ada kalanya menerima, ada kalanya menanti. 
Berbicara tentang menanti, aku masih menunggu panggilan tawaran penempatan untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41. Ku kira, Februari nanti tawaran akan datang. Tidak berharap sangat untuk ia datang di awal2 tahun 2015 kerana mood aku masih dalam mood Sakinah. Pernah tengok tidak video Sakinah yang diminta oleh si ibu untuk masak air? Lawak juga jalan ceritanua. Kehkeh.. sampai sekarang masih termimpi2 lawak Sakinah. Pemalas punya Sakinah! Hahaha! 
Tawaran untuk sah jawatan dari SPP sudah diterima, tinggal lagi melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital. Oh ya! Sekadar pengetahuan bersama, bayaran untuk pemeriksaan di hospital kerajaan adalah percuma jika kita bawa sekali dan tunjuk surat tawaran tu. Cancel buat medical check up harini, tunda dilain masa bila sudah dapat surat tawaran penempatan.

Hari2 check egraduan, tiada berita baru. Tiada lagi berita penempatan. Tidak excited sangat untuk ditempatkan di mana2, cuma tidak juga mahu ketinggalan cerita TERposting di mana. Ada, alhamdulillah. Tiada, teruskan menunggu. 
Eh betul ka semalam cerah? Sepanjang hari kelmarin hujanlahhhhh! 
#Home, Rainy Day
1:17 pm