Friday, December 26

Positive: Type of yourself


Pagi ni rasa terbuka sikit minda untuk berfikir rasional kita diam, bercakap hanya benda bermanfaat atau bercakap banyak. Now watching rancangan Positif Pagi di TV3 yang banyak memberi info untuk manfaat kita sendiri dari aspek bersosial dengan lebih baik. 4 jenis manusia dapat dikategorikan bila mereka mula bercakap..         

KATEGORI A
Boleh dialiaskan sebagai manusia gred A - sentiasa bercakap mengenai benda2 yang baik, bermanfaat kepada diri sendiri dan orang lain, mempunyai nilai yang tinggi dsb. Contohnya, bercakap tentang nilai, perbincangan mengenai ilmu, dan yang sewaktu dengannya. Ada manfaat la bila duduk dengan orang2 begini. Banyak ilmu baru kita perolehi hanya dengan mendengar manusia dalam kategori ini bercakap.

KATEGORI B
Bercakap benda yang betul atau benar2 terjadi, tapi - apa yang disampaikan itu tidak langsung memberi manfaat kepada orang lain. Contohnya, "Malam tadi anak aku beli baju 3 bakul untuk aku," kata si Mak Lampir. Memang la anak si Mak Lampir ada beli baju 3 bakul, tapi benda yang disampaikan tu tidak bagi manfaat pun untuk mereka yang mendengar. Dalam hati yang mendengar mungkin sedang cakap ni, "So what?". Manusia ni jenis sembang kosong.

KATEGORI C
Yang seekor ini bila sudah mula bersuara akan ada manusia2 yang terasa hati. Lidah lebih tajam dari pisau & lebih pedas dari lada putih yang dijual oleh jiran aku. Yang ini manusia jenis tidak berfikir tentang perasaan orang bila sudah mula bersuara. Dengan hanya perkataan "Ahh.." pon orang dah sakit hati.. hehehe

KATEGORI D
Manusia2 yang banyak bercakap tentang 'aku'. Hishh.. kalau aku, begini begini begini begini begini. Muka aku ni tipe muka yang thorbaik di alam semesta. Haku bijak banding yang lain2... Ringkasnya, si dia ni sering bercakap tentang 'aku'. Banyak adegan naik bakul angkat sendiri.

Note: Anda kategori apa? Nilai2 la diri, pastu perbaiki diri. Bercakap jangan la kosong sangat kan? Biarlah diisi dengan lebih banyak ilmu yang bermanfaat banding dengan kosong saja dari dulu sampai selama2nya.. haha.