Monday, November 24

Study tricks.


STUDY SMART


Istilah study smart sangat sesuai diaplikasi bagi mereka yang belajar ala2 hero Hindustan - pagi study, petang exam. Tapi bagi study tricks kali ini, bukanlah memerlukan hanya sehari untuk belajar, tetapi sekurang-kurangnya 4 hari. Kalau study tricks sehari tu mungkin akan dibagi tips oleh mereka yang lebih power gaya pembelajarannya. Hehehe.

Belajar ikut JSU semata2 sebenarnya hanya untuk menyedapkan hati. Belajar dan faham dalam sekelip mata juga agak mustahil. Study Group? Not my style - cakap banyak, melekat tiada. Hehehe. Apa kata mula hari ini kita belajar semua topik pembelajaran dalam 4 kelip mata. Memandangkan apa yang dijawab pada peperiksaan sekarang ini adalah berunsur KBAT. Dan dalam masa yang sama meningkatkan keyakinan untuk menjawab kertas peperiksaan.

Note: Hanya sesuai bagi subjek yang berasaskan fakta dan banyak change untuk mereka cerita dongengan.

FOUR DAYS BEFORE
Bagi mereka yang merupakan mahasiswa, senang cerita.. rujuk kepada proforma kursus untuk mendapatkan tajuk2 pembelajaran sepanjang semester. Bagi pelajar sekolah pula, rasanya tiada masalah untuk meringkaskan 100ms buku rujukan kepada 10ms nota sendiri sebab apa yang ada di dalam buku rujukan, selalunya itulah yang terdapat di dalam sukatan pelajaran. Bagi mahasiswa yang forever alone dengan tiadanya sumber nota langsung, buatlah nota ringkas berdasarkan kepada tajuk dalam proforma dengan mengaplikasikan apa2 peta minda, penggunaan warna, melukis atau apa2 bentuk yang rasanya nota akan masih mampu difahami sendiri bila diulang baca.

Nota: Tulis nota sesenang mata membaca & semudah otak memaham.

Misalnya, 16 tajuk di dalam proforma. Kalau bernota, jangan baca semua tanpa bertindak apa2. Baca + ringkaskan di kertas baru. Ringkasan dibuat pada hari keempat dan ketiga. Tetapkan matlamat untuk sekurang2nya siapkan nota ringkas bagi 8 tajuk pertama pada empat hari sebelum peperiksaan.

THREE DAYS BEFORE
Siapkan 8 tajuk yang seterusnya. Tolong jangan buang masa membuat nota dengan ayat2 panjang lebar. Cuma letak klu-klu yang boleh ingatkan kita kepada banyak benda berkaitan.

Sudah siap menulis nota, rehat. Don't push yourself more :) Tengok tv jap.. atau layan Running Man~

TWO DAYS BEFORE
Mulakan hari dengan sarapan pagi. Rehat sehingga rasa selesa untuk sesi menghafal. Haha! Mula dengan menghafal tajuk 1 dengan pengulangan demi pengulangan menyebut tentang benda tu. Misalnya, PRICE untuk rawatan kecederaan tisu badan - protect, rest, ice, compression,  elevation. Masuk kepada protect, cuba huraikan apa yang anda faham tentang protect. Dan cuba bagi contoh situasi. Ulang ulang ulang cakap benda PRICE ni sampailah betul2 melekat di otak. Mau tahu macamana betul atau tidak benda tu sudah melekat di kepala? Tunggu kejap. Ulang cakap ni boleh dibuat sendiri seolah2 anda sedang bercakap dengan orang lain, atau katakan kepada orang yang duduk di sebelah walaupun tidak ditanya. Sehinggalah orang sebelah rasa annoyed.

Yakin dengan tajuk 1, beralih ke tajuk 2. Masih buat benda yang sama.. Ulang ulang ulang menyebut sehingga rasa yakin anda sudah hafal tentang benda tu. Bila sudah yakin, teruskan ke tajuk 3. Dan ingat! Tahu macamana suatu benda tu sudah melekat di kepala? Sebelum proceed  ke tajuk 3, ulas balik apa yang anda ingat dalam tajuk 1 tadi.. ahhhh.. disinilah effect ingatan tu paling penting. Ulas kembali sepanjang lebar yang anda mampu yang membuktika. Anda sememangnya telah pro tajuk 1, tanpa membaca nota tersebut. Kemudian, teruskan ke tajuk 3, dan seterusnya.

DAYS BEFORE
Ulang proses pada dua hari sebelum peperiksaan. Cuma untuk menguatkan ingatan dalam keadaan relax. Ala2 mastery learning, sebelum master dalam topik yang sedang dibaca, tidak perlu proceed untuk next topik. Masterkan diri dulu dalam topik yang sedang dibaca.

EXAM
Goodluck exam. Muntahkan 16 tajuk ke atas paper.