Tuesday, November 18

Menghampiri penamat


TO THE END
Kertas terakhir diduduki pagi ini. Macam biasa, matlamat utamaku untuk duduk peperiksaan adalah untuk mendapatkan keputusan yang terbaik, mencurahkan semua yang dibelajar selama satu lima bulan di campus. Matlamat sampingan sudah tentunya mengaplikasi kepantasan menulis aku kalau-kalau motor halus aku dapat berfungsi atau tidak, dan paling penting keluar awal dari dewan peperiksaan. That one always my favourite one  - keluar awal. Ringkasnya, semester ini aku keluar awal bagi ketiga-tiga paper. Satu kepuasan sebenarnya untuk aku. Kehkehkeh~ Paper terakhir adalah Sport Injury, siap 1 jam 15 minit sebelum masa tamat.

FEW DAYS TO GO, LONG JOURNEY
Berkursus. Benda terakhir yang perlu diselesaikan sebelum mengakhiri pengajian. Aku mau tempoh masa di antara saat ni sehingga hari kepulangan aku pada minggu depan berlalu dengan pantas. Tiada daya menempuhi hari-hari yang fake overload di tempat ni. Aku rasa seminggu berkursus sangat membebankan aku, sangat lama sehingga aku sendiri tidak dapat menyatakan apa tujuan aku berada di tempat ni selain berkursus dan teruskan bernafas.

Selain penamat acara kegemaran aku - 100 meter, penamat inilah yang paling aku nantikan, aku sambut dengan tepuk tangan, aku sambut dengan seribu senyum dan ketawa, aku sambut dengan memuntahkan segala tekanan. 

Cepatlah masa berlalu.
Tempat ini tidak akan jadi ingatan.
Tidak akan pernah terlintas dalam fikiranaku walau sekali.