Tuesday, November 25

Kinda nonsense..


KURSUS
Sebelum menamatkan gelaran and sebagai guru pelatih, ada banyak macam kursus professionalisme yang perlu dihadiri. Kursus itu, kursus ini, kursus sana, kursus sini. Tapi apa yang mengundang kelucuan apabila guru-guru yang cuma bergelar bakal guru permulaan tidak lagi berjalan seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara, tatapi mengalami kebengongan akibat kepenatan berkursus yang berjijiran. Hahaha!

FROG VLE

Kursus Frog VLE ini didedahkan kepada guru-guru sebagai penambahan pengetahuan mengenai pembelajaran secara maya di dalam bilik darjah. VLE  adalah akronim untuk Virtual Learning Environment, adalah satu kaedah pembelajaran yang menawarkan pembelajaran tanpa limit masa, ruang, dan tempat, sesuai dengan konsep Online Learning (OLL) yang agak glamer di sekolah pada masa kini.

Al-kisahnya petang tadi, pelatih2 semester 8 yang sudah terlalu malas atau burnout dengan kursus bertalu2 telah menghadiri kursus FROG VLE. Apa yang lawaknya adalah apabila pensyarah bertanya, pelatih mengarut. Haha.



Pensyarah: Ada sesiapa di sini yang boleh jelaskan apakah itu FROG VLE?
Pelatih (Serentak suara ramai): Katak...

Pensyarah: Apakah yang anda faham tentang OLL?
Pelatih (Serentak suara ramai): Semua...

Haha. Semuanya buang tabiat. Entah apa dalam otak. Banyak juga yang ditegur di dalam Lecture  Hall sebab buat hal sendiri. Ada yang main telefon bimbit, melukis, mencari kutu, dan banyak la. Begini jugakah keadaan cikgu2 di sekolah kelak apabila menghadiri kursus? *wondering* *wondering*