Thursday, November 27

Holiday without ...



BEFORE
Cuti sekolah adalah perkara paling ditunggu oleh aku seadik beradik, terutamanya bagi aku dan mereka yang mempunyai gene raja ponteng sekolah yang entah dari mana diwarisi - mungkin bukan juga diwarisi, tapi lebih enak disebut 'terlazim' kerana perlakuan dilakukan berulang-ulang walaupun dirotan dengan tali pinggang, dan hanger akibat tidak hadir sekolah. Hehehe. 
Dulu, cuti sekolah disambut gembira. Dapat berehat di rumah, dapat bermain playhouse yang kami sebut dengan macam2 nama seperti rempah-kari, rumah2, bubut2 dan macam2 la perkataan pelik yang sememangnya diguna oleh orang Dusun Ranau. Kegembiraan bercuti lebih kepada matlamat untuk mengisi masa dengan bermain. 
Masa berganti masa, hari berganti hari, aku menjadi mahasiswa di Institut Pendidikan Guru kampus Keningau selama 5 tahun, dan sepanjang keberadaan aku di tempat tu, tujuan bercuti adalah untuk berkumpul adik beradik, lepak pekan dari petang, bersembang tanpa penamat, lagi lepak walaupun tiada duit.. haha.. terutamanya apabila semua adik2 aku masih bersekolah menengah. Balik bercuti, berteman tu pasti. Such a great day spend my whole time with my siblings because we have so much in common. My siblings, my bestfriends :D 
NOW
Fresh graduate. November 2014, aku tamatkan pengajian di IPG. Just like the old days, I still with my excitedness mau bercuti. Belum ada dalam sejarah antara teman2 di IPG yang akan balik rumah selain aku yang akan mendahului mereka. Kiranya aku ini perasmi cuti la. 
Bezanya kali ini, aku bercuti dan sekaligus bergelar penganggur. Buat apa pun tidak kisah, cuti ni aku punya. Kehkeh.. Tapi apa bezanya cuti kali ini? Sunyi rasanya, tidak lengkap & tidak sempurna. Kenapa? Semuanya duduk jauh.. Semuanya belajar jauh. Adik perempuan di UMS, Kota Kinabalu.. Adik lelaki kini berada di Texas, USA untuk praktikal atas tajaan American Eagle. Kalau saat ini mereka duduk rumah, sudah tentu rumah bising dengan karaoke sana sini, bunyi gitar sana sini , dan sudah tentunya lepak sebagai aktiviti biasa.  Yang ada di rumah sekarang cuma Rizal si budak darjah 3 dan kakak kedua yang tidak lama lagi akan berangkat untuk travelling menjelajah Eropah sepanjang December.  
AND THEN.
Tiada siapa akan dapat melihat masa depan, masihkah dapat berkumpul macam dulu2, atau terima hakikat yang sebenarnya akan kekal seperti ni, jarang bersama. Sedihnya kalau terpaksa terima hakikat yang kedua, cause I just have them as my bestfriends for life.  
Bercuti tanpa adik beradik yang lengkap, agak tidak best!