Tuesday, November 18

Havoc memanjang, hasil tarak


HAVOC OVERLOAD
Bagi diri aku sendiri, havoc ni agak sinonim dengan kecohnya si mulut murai bercakap walaupun hakikatnya mungkin ia lebih kepada bermaksud untuk memeriahkan sesuatu secara berlebih2an @ wild.

STUPIDITY
Kerana havocnya mulut beberapa insan ini bercakap, kadangkala akan membuatkan orang lain terguris hati, termasuk diri aku sendiri kerana kata2 itu secara terus ditujukan kepada aku. Tapi biarlah. Manusia macam ini tidak akan tau diuntung.

Kisahnya bermula kerana aku bukanlah jenis havoc untuk semua benda yang aku lakukan, kecualilah kalau ia berkaitan dengan travelling, aku akan havoc. Tapi untuk benda2 belajar, ulangkaji, buat kerja - bukan tipe aku untuk heboh sana sini. Tambahan pula aku bukanlah kaum yang suka membising tentang benda sewaktu dengannya.

Watsap dengan ringtone American's Lana Del Rey balik2 berbunyi2 menandakan ada2 saja hal yang dibincangkan tentang kertas terakhir aku #SportInjury untuk subjek wajib Pendidikan Jasmani. Mereka bincang tentang apa2 yang akan keluar, apa2 benda yang perlu dibaca. Aku malas ambil pusing apa yang akan dan hendak dibaca, tapi aku tetap baca apa yang dikirim oleh mereka2 itu - untuk penambahan ilmu semata-mata. Aku tidak akan havoc kerana aku takut keyakinan aku untuk menjawab menjadi bertambah teruk, aku hanya mahu tahu apa yang aku tahu buat masa itu dan tidak akan menampah persoalan di kepala tentang apa yang aku belum tahu.

Esoknya, aku siap menjawab kertas lebih awal macam biasa. Kesannya? Aku dituduh menyembunyikan soalan spot kerana sunyi dalam grup watsap. Akaka.. lucu. Sejak bila rasanya aku pernah bising dalam grup PISMP PJ or ALUMNI korang? Malah aku sudah berura2 untuk leave group tersebut sebaik tamat pengajian. Siapa sebenarnya yang menyembunyikan? Ikut kreativiti n otak sendirilah cari nota sendiri. Aku siap awal tu hal aku. Kau lambat siap, tu urusan kau dengan Tuhan. Tuhan sajalah yang tahu siapa yang ada soalan spot, siapa yang menyembunyikan soalan spot.

Ingat tidak siapa yang tidak beri langsung spot Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan yang diberi dari kelas Matematik? Hahaha. Ingat tidak semester lalu siapa yang tidak forward pun soalan Kajian Tindakan untuk aku? Bluekkk.. jawapannya ada di mulut murai kamu sendiri.

Havoc memanjang, hasil apa pun tarakkkk.