Tuesday, November 18

First attempt!


DINNER
Untuk julung kalinya aku telah menggunakan bakat yang terpendam untuk menconteng muka roomate, oleh kerana servis2 memake-upkan muka oleh mereka yang pakar dalam bidang telah penuh diisi oleh mereka2 yang juga menghadiri dinner yang sama malam ini.

Tidak sampai hati sebenarnya melihat roomate hanya berbedak asas ke dinner yang dikira agak besar yang melibatkan Jabatan Sains dan Matematik. Tidak mahu biarkan roomate rasa kecil bila bergandingan dengan teman2 yang lain, maka bermulalah sesikami berdua di dalam bilik.

FIRST TIME
First time membuat sentuhan di muka orang untuk tujuan apa2 sekalipun - hanya dengan proses pra make-up dan 1 proses real make up. Kehkeh.. pra make-up berjalan dengan sengihan dan ketawa tidak habis2 di mulut.  Aku adalah super-beginner dalam hal2 seumpama ini, dan roomate pula first-time akan mengenakan solekan seumpama itu.

Perkataan sorry memang banyak kali diucap sepanjang proses bermake-up. Kadangkala apa yang aku buat tu macam tidak masuk akal langsung. Hehehe. Pra make-up hanyalah berdasarkan pengalaman memake-upkan manusia yang sememangnya sifar, dengan merujuk kepada gambar pegun tentang asas make-up yang tersimpan dalam telefon bimbit. Part paling lama aku terstuck adalah part keningnya yang original dan tidak bercukur. Amakkk! Memang kondem. Satu hal aku memang tidak pandai make up orang, hal satu lagi, cmana harus aku uruskan kening roomate. Untuk mencukur kening orang sesuka hati bukanlah idea yang baik, kan? Komen dari roomate, 'Kening macam Sin Chan, bulu mata macam berat, kurangkan sikit kat mata, nampak macam bukan aku.. dan bla bla bla'.

Usai membersihkan diri dan solat, roomate memulakan sesi real make-up dengan membasuh muka dengan air sejuk yang di ambik dari watercooler yang berbau besi tu. Entah petua nenek moyang mana dia dapat benda cmtu. Pasni mau membaca sikit tentang petua tu.. manatau memang berkesan!

Proses real make-up berjalan dengan agak lancar kerana timbulnya sikit keyakinan selepas pra make-up tadi.. Kali ini perkataan 'yakin ja' yang banyak keluar dari mulut aku. Aku sedar tindakan aku ketawa dan tersengih2 tidak habis2 di awal pra tadi membuatkan aku hilang keyakinan dan menjadikan proses tu seolah2 macam memake-up badut. Jadi, kena yakin. Keyakinan tu buatkan kita menghasilkan satu benda yang lebih baik.


Entah apa kejadian. First attempt! Hehehehe~


THANK YOU
Tidak tersengaja tidur lewat malam ini bila roomate tiba di bilik selepas dinner. Roomate ucap terima kasih dengan contengan pada mukanya yang agak mendapat perhatian orang ramai sebab mungkin sangkaan mereka terhadap roomate yang akan muncul dengan wajah 'biasa2 aja'. Even a simple thanks makes me happy. Begitukah rasanya sebuah kepuasan? Senyum di mulut makin melebar~