Friday, November 28

Don't expect to high: Aviod frustration


FIRST CLASS
Notification meriah di watsapp Alumni Pendidikan Jasmani IPGKS. Meriah kali ini dengan pengumuman calon first class bagi satu2nya unit PJ di IPGKS oleh Ketua Jabatan PJ&PK. Seramai 10 orang yang disenaraikan sebagai calon First Class Degree untuk konvokesyen yang kemungkinan akan berlangsung September tahun hadapan. Salah seorang yang tersenarai adalah nama aku, CGPA kedua tertinggi di dalam unit iaitu 3.88 untuk setakat semester 7, tidak termasuk peperiksaan semester 8 lalu. 
I ACHIEVED SOMETHING THE WAY I WANT IT
Kadangkala aku kecewa dengan diri aku kerana aku tidak boleh lakukan sepertimana yang aku ingin dan harapkan. Impian aku untuk mendapat keputusan setinggi mungkin untuk membuktikan pada diri aku sendiri, aku adalah yang terbaik. Tapi dengan harapan dan pemikiran sedemikian, aku sering hampa, kecewa dengan diri sendiri. Why can't I do that better and better? Aku kecewa hampir sebulan selalunya selepas menerima keputusan peperiksaan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang tertera dalam slip. 
Beberapa tahun lalu, aku terbaca tentang satu artikel tentang self-expectation dan kekecewaan. Artikel tu menulis tentang to avoid frustration, don't expect to high. Dan entah bagaimana selepas baca artikel tersebut secara tidak sengaja, aku aplikasi apa yang aku baca. Dan setiap kali bermula semester, aku akan set dalam diri, aku ingin dapat suatu yang lebih baik dari semester2 lalu. Aku cuma manusia biasa, dan biasalah semangat berkobar di awal semester dan di pertengahan semester sudah semestinya banyak ragam aku lakukan dek terlalu malas masuk kelas dan mendengar bebelan pensyarah. Tapi bila peperiksaan semakin hampir, semangat tu kembali membara, tidak terkalah dengan apa2 semangat yang wujud di dunia ini.  
Setelah melalui saat di mana setelah aku membaca artikel tersebut, aku masih mengharap keputusan peperiksaan yang keluar adalah tinggi berbanding dengan teman lain. Bezanya disini cuma.. aku sudah set jauh disudut hati aku, kalau keputusan tinggi, alhamdulillah.. kalau keputusan rendah, aku bersyukur. Benda sudah berlaku. Hendak dikecewakan pun tiada gunanya. Itulah hasil usaha aku, setakat itu sahaja aku mampu peroleh semester ini, dan itu sajalah apa yang tercatat dalam nasib hidup aku. Untuk kecewa lebih2 itu bukan tindakan yang bijak. 

BE GRATEFUL

Apa pun, harini aku bersyukur kerana aku disenaraikan sebagai calon kelas pertama IPGKS walaupun hakikatnya ada orang lebih baik dari aku. Semoga ilmu yang diperolehi akan diberkati di sepanjang kehidupan.