Tuesday, September 23

Tamat sebuah permulaan


BULLSHIT: SOMETHING I DON'T WANT
Aku terfikir-fikir untuk memulakan satu hidup baru. Satu langkah ke hadapan, aku cuba menghargai sesiapa yang ada disisi. Aku ingin menghargai orang terdekat aku sendiri di neraka dunia ini - roomate, dengan berbaik sangka dan mula berkongsi suka & duka bersama kerana kami menghadapi situasi yang sama di tempat ini. Boyfriend - menghargai orang yang disayangi dengan lebih memahami, dan menyayangi, tanpa mempertikaikan apa juga perkara. Nothing perfect :) cuma yang ada adalah saling menyempurnakan antara satu dengan lain.

FIRST-STEP
Mula berfikir lagi untuk satu langkah kehadapan - berbaik sangka dan menghargai rakan-rakan di tempat ini. Mula terfikir betapa tidak menyeronokkan jika selepas ini akan berjauhan antara satu dengan lain. Hahaha. Hari ini aku belanja dua orang teman dengan RM3. Alangkah seronoknya dunia penuh dengan ketawa & kemesraan. Sehari ini aku berfikiran positif. Sangat positif hingga aku terfikir untuk menutup luka & melupakan apa yang telah berlaku hari-hari yang telah berlalu.

Tapi.. untuk apa berubah jika kehadiran kita tidak diterima? Tidak pernah disedari kan kehadiran ni? Hahaha... ketawa sendiri bila mereka secara senyap & tanpa bunyi sedikit pun jalan berjumpa dengan pensyarah tanpa mengajak insan yang terpinggir ini, tanpa membawa. Motif? Aku lebih suka beranggapan bahawa mereka menganggap aku pandai berdikari, dan tidak pernah kisah pun kalau berseorangan. Motif dari mereka? Perkara yang sama diulang berkali-kali. Aku bukan teman, dan mereka juga bukan teman. Mereka hanya bullshits.

Terhenti kaki yang baru ingin melangkah kehadapan..
Menoleh ke belakang,
Lantas menjauhi manusia-manusia tidak menghargai..
Tamat sebuah permulaan..

Untuk apa menghargai, jika sendiri tidak dihargai.
Salam bullshit, 23 September, 2014.