Sunday, August 3

Kolej Komuniti


KOLEJ KOMUNITI
Something exciting to tell u. Rupanya di Tambunan juga ada Kolej Komuniti Tambunan di bawah Kementrian Pelajaran Malaysia, yang terletak bersebelahan dengan Tambunan Resort & Country Club (TRCC). Memang tempat ni saling berhadapan dengan TRCC dan baru harini tahu tentang kewujudan kolej ni di sebalik daerah Tambunan yang pada anggapan aku memang tidak wujud institut2 seumpama ini.
BAMBU
Hendak dijadikan cerita, bila menghantar penumpang ke KKT ini, aku yang baru terjaga dari tidur pun meliar mata kesegaran meninjau persekitaran KKT. Aneh bukan aneh. Pelik juga tidak. Apa yang aku boleh katakan adalah unik! Bangunan pentadbirannya hanya 1 blok (2 aras), yang mana aras atasnya dibina dari bambu. Tradisional sungguh. Teroka punya teroka dari kejauhan, KKT ni ada 4 buah asrama (masing2 dua asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan), yang dibina dari bambu (bambu habis! Okey? Bambu!), dengan besarnya tidak lebih dari sebuah kelas. Bagaimana agaknya rasa tinggal di tempat begitu, dengan jumlah manusia di dalamnya yang mungkin lebih 10 orang?

Kewujudan Kolej Komuniti di Tambunan buat aku terkejut. Lagi2 buat aku terkejut dengan asrama bambunya~ Uishhh... memang menghairankan lah...