Thursday, July 3

Orientasi


Jadi kakak senior hari ini.. Jadi salah seorang AJK untuk rekreasi. Aku ingin lihat suasana orientasi yang menyebabkan ketegangan dan stress melebih2 dalam kalangan pelatih baru, tapi malangnya barisan JPP agak lembut ya.. sangat lembut.. Dulu masa masih freshie, bukan aku setakat diprovok, siap didenda berdiri satu kaki di depan pentas sebab tidak memakai stokin. Dimalukan, dihina2 lagik. Ini baru aku membentak sikit sudah dicakap garang. Ape ke hel? Hekhek..

Tapi sebentak2 aku pun tidaklah juga sampai hati sebenarnya suruh pelatih2 baru ni untuk buat macam2. Nampak muka-muka yang masih terlalu suci buat aku kesian :P
Tapi menurut pandangan aku, pelatih2 baru semua lembik. Kata ada ujian fizikal sebelum dipilih sebagai calon pelatih. Tapi ramai sangat yang lembik. Push up 10x pun nampak cam mau pengsan dah.. Siap penghulu meminta pelatih perempuan injut lagi. Astaghfirullah... memalukan kaum Pendidikan Jasmani saja. Kemudian aku minta mereka lakukan push up 10x (SAHAJA) dan penghulu minta lagi pelatih perempuan melakukan push up suaian. Yang ini ideanya sangat bebal. Sudah injut, push up yang cengitu lagi. Mampoilah... Silap penghulu tersebut sebab aku tidak membezakan antara lelaki dan perempuan. Semuanya buat lakuan yang sama. Baru puas hati walaupun baru 10 ulangan sudah tercungap2 tidak ketentuan.. Ujian fizikal apa agaknya yang diuji sebelum ni?