Friday, July 18

Kisah si ayam dan si chicken



KISAH DI AYAM DAN SI CHICKEN
Bukan salah budak tidak tahu membezakan antara ayam dan chicken. Haha.
Cikgu X: Tolong belikan cikgu ayam di kantin sekolah.
Murid Y: Ayam tu yang apa cikgu?
Cikgu X: Ayam goreng.
Murid Y: Oooo.. chicken kan?
Cikgu X: Ahh.. iyalah. Belikan cikgu chicken 1.

MENCEKIK
Bukan diteliti, tapi memang dapat dilihat dengan jelas. Aku setuju bahawa Chicken Wing yang dibelah dua, berharga RM1.00 adalah sangat mencekik, terutamanya apabila murid yang membeli makanan ni. Ini bermaksud, 1 full sayap ayam adalah RM2.00. Mengaut keuntungan berlebihan atau memang tahap ekonomi semasa yang mendesak?

2011
Mengimbas kembali zaman School Based Experience pertama di sebuah sekolah Cina yang terletak 1 kilometer dari bandar Keningau, pihak sekolah menyediakan dua bahagian kantin iaitu kantin yang menjual makanan halal dan satu lagi menjual makanan tidak halal. Kuih berharga 20sen, sosej  50sen, mee goreng 50sen, mee sup 50sen, air 50sen. Apa yang aku lihat di sekolah tersebut adalah syurga dunia. Makan lima belas kali pun masi mampu sebab murah. 

Mungkin sebab peredaran masa yang mendesak semua benda naik harga. Apa pun, kisah ayam dan chicken juga paling mencetuskan senyum pagi ni.Good morning :)
2 weeks to go before finish my Internship.