Monday, July 7

Internship: Back To School



Bulan terakhir di sekolah. Mintak2lah tidak kena dengan beberapa kelas yang sememangnya aku tidak tahan kepala masuk di kelas tu. Apa pun, kedatangan ke sekolah untuk sebulan ini bukan lagi untuk dinilai oleh pensyarah pembimbing yang datang 4, 5 kali menilai PR1 dan PR2.
Internship lebih kepada penilaian PR3 yang berfokus kepada pelaksanaan projek2 dan yang sewaktu dengannya. Lagi pula, internship lebih rileks, lebih banyak keboringan menimpa dan lagi sibuk dengan sesi kolaborasi dengan pensyarah pembimbing untuk action research. May Allah S.W.T bless and ease everything we do :)
Yang gambar diatas tu adalah bilik gerakan tempat kami bertapa sebulan sepanjang Internship di sekolah. Bukan tiada tempat disediakan di bilik guru, cuma tahap kemengantukan untuk stay di dalam bilik guru sungguh sandi yaa... sandi. Lebih baik duduk di bilik gerakan, dengan rileks dan tenang melayari wifi sekolah yang cuma satu bar keluar di connectionnya. Jangan sangka satu bar tidak laju. Satu bar internet tapi lajunya berMB2. Oww~ 
Treding oleh kawan2 di Instagram adalah #Internship. Untuk pelatih IPGM Semester 8 memang maklumlah sedang berinternship. Scroll punya scroll, ada beberapa bekas teman sekelas dan seolahraga yang juga treading tentang internship ni. Musim internship la kali kan untuk mereka yang berumur 23 tahun.

Apa pun, selamat berinternship semuaaa :)