Thursday, July 10

Another empty day



Masih belum ada benda yang boleh dibuat di sekolah dalam satu masa yang panjang yang boleh boleh diguna untuk mengisi masa dengan berkualiti di sini. Yang ada cuma rutin. Masuk kelas, main laptop, tambah bil karen sekolah. Senang lenang tu memang best, tapi janganlah sampai boring macamni. Hahaha~ Boring jadi gila, sibuk pun otak boleh jadi sewel... :D

Selesai mengambil data & merakam untuk laporan Action Research aku, kemudian menaip2 transfer data dalam rekod prestasi, dan? done. Maka bila sudah siap semua kerja, berulang lagi rutin, duduk depan laptop yang terpasang, tapi tangan main Fruits Break di telefon. Masa untuk menunggu waktu untuk pulang Keningau, sampai di Keningau, tunggu masa untuk berbuka pulak... Normalnya rutin untuk masa ini.. Akhirnya, sesi dengan blog. Bila ada masa update blog, maknanya masa terluangku cukup banyak...

Note: Earphone yang dibeli dua hari lalu, sudah rosak pagi tadi... Bukan angkara aku. Kerosakan yang tidak dapat dikenalpasti siapakah perosaknya..