Saturday, July 5

31DaysChallenge - Day 23. A picture of my favorite book


 Ia bermula dengan membaca mau tidak mahu buku hasil karya Ramlee Awang Murshid, Bagaikan Puteri. Memang sesiapa yang membaca buku Bagaikan Puteri akan tertarik dengan ayat2 yang digunakannya. Real semacam.. Retetan daripada pembacaan yang tidak sengaja buku Bagaikan Puteri (cehhh...) mulalah berderet buku Ramlee Awang Mursid dibeli dari kedai. Ia satu siri cerita yang sambung-menyambung, termasuk juga Cinta Sang Ratu ini...

 
Aku paling suka dengan watak Ratu Sulaman dan Sunan yang memang sangat padan dan secocok. Ntah dari mana rasa padan tu muncul. Walau sejahat mana Ratu Sulaman, aku dapat bayangkan betapa cantiknya si ratu ini, yang menjadi isteri Sunan. Mungkin kehebatan penulisan Ramlee Awang Mursid yang buat aku dan peminat penulis ini yang lain tidak pernah ketinggalan untuk membaca buku-bukunya. Sampaikan part selain daripada yang melibatkan Ratu Sulaman dan Sunan, tidak akan aku baca, walaupun dalam buku yang sama... Hewhew~