Sunday, June 8

Wind & indigestion



 
Ulang lagi sejarah upper chest mengganas yang mungkin diakibatkan oleh pemakanan yang kurang teratur semenjak cuti dan emosi yang kurang stabil kebelakangan ini. Mulanya rasa bloating itu pada upper abdomen dan mengganas di kawasan jantung. Ingatkan akan terkena serangan jantung sebab rasanya seperti belon yang bila-bila saja akan meletup. Kesannya, tangan kiri mengebas, dada terasa berat yang teramat sangat, dunia rasa tidak begitu selesa untuk diduduki. Alahai.. angin penuh di badan.

Mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan angin di badan. Senaman, tapi hanya lega sepanjang tempoh bersenam. Air suam, akhirnya perutku kembung terlalu minum air suam. Keep chewing, ceritanya sama, asyik makan jadinya. Paksa sendawa, badan sengsara.

Setelah servay beberapa cara untuk mengurangkan angin dalam badan dengan cara yang paling mudah, sebelum mengambil keputusan ke klinik atau hospital, aku mencuba ENO. ENO Ginger Fruit Salt untuk membuang angin dan melegakan ketidakhadaman. Menurut pembacaan melalui satu laman web berkaitan, rasa berat pada upper chest dikaitkan dengan masalah penghadaman. Tanpa berlengah, aku yang bertemankan mama & adik bongsu mencari ENO di mana-mana kedai runcit sekitar kampung. Dan? Berjaya!

Kelebihan ENO memang untuk membuang angin dalam badan. Selain itu, hehehe.. kelebihannya adalah dapat mengimpresskan aku dengan suspen apabila aku mencampurkan air + serbuk ENO ke dalam gelas. Berbuih2 belon keluar dari ENO. Mulanya rasa takut untuk minum, maklumlah, first time, apa lagi selepas melihat belon2 yang terhasil tadi bila serbuk bercampur dengan air. Minum sikit, berfikir untuk teruskan atau tidak. Minum lagi sikit, berfikir lagi. Lastnya, minum sampai habis. ENO selamat untuk diminum :)

Selepas ENO kedua pada hari yang sama, barulah dada rasa lebih lapang, walaupun masih ada rasa berat di dada. Tapi tidaklah seteruk sebelumnya, rasa bloating dari upper chest ke kepala. Get well soon. Nampaknya hari ini dan hari-hari ang seterusnya, tanpa tempoh yang pasti, aku akan mula berpuasa untuk benda2 yang bergas, terutamanya makanan pedas, terlalu pedas dan terlalu manis, dan seterusnya akan dikurangkan pengambilan. Dan lagi, salah satu faktor penyebab angin dalam badan adalah makan dalam kadar yang terlalu cepat. Alamakkk! Susah2 tahan selera, senang2 kemudian dapat tidur malam. Disamping bantuan daripada ENO, aku perlu mengubah diri sendiri untuk lebih memilih makanan dan makan dalam kadar kelajuan yang lebih perlahan kerana aku sememangnya akan siap makan dalam hanya dua kelip mata manusia.

Oya.. boyfriend juga sedang sakit. Doakan kesembuhan secepat mungkin supaya dapat jalani kehidupan normal di masa cuti ni.