Saturday, June 7

Updating blog


Lebih berminat dengan aktiviti update wajah Amarantine1589 berbanding buat benda yang lain yang mungkin lebih mendatangkan faedah. Tetapi setiap kali ada hati untuk update blog, ada saja hal yang menghalang. Akhirnya, banyak entri terbelangkai begitu saja dalam draf, yang akhirnya lupa untuk dipost. Oh! Ada yang lebih menarik daripada membincangkan pasal update blog ni.

Berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan ke atas kelakuan manusia dan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan mereka, yang dijalankan secara pemerhatian untuk mencari pola dan kitaran pengalaman masa lalu manusia, termasuk unsur asas diri, unsur yang menyokong, personaliti melalui kombinasi nombor dalam tarikh lahir dan sebagainya. Hanya sebagai panduan, bukan untuk dipercaya 100%. Berdasarkan kepada buku ni, antara kerjaya yang paling sesuai yang boleh dijadikan pilihan pertama adalah penulis. Mungkin penulis di blog sendiri? Haha~ Best untuk dibaca. Baik untuk mencungkil rahsia diri yang belum digali sepenuhnya.