Wednesday, June 11

Psychological Health: We are what we think.


A denial to this entry: Wind & Indigestion

Aku mengalami bloating pada upper chest yang menyebabkan aku sukar tidur hampir 3 minggu. Mulanya aku tidak ambil endah, tetapi makin hari makin bimbang kerana setiap malam memang susah untuk tidur. Selain bloating pada upper chest, sakit mencucuk2 terasa di lower chest kiri, kanan dan tengah, pada masa yang berbeza. Sandi. Usaha aku adalah bersenam, minum air suam, minum ENO, bergerak aktif macam gila di rumah sendiri dan macam2. Tetapi masih tidak membuahkan hasil. Jadi, semalam, masuk minggu ketiga aku mengalami bloating, aku mengambil keputusan untuk ke hospital untuk memeriksa apa sebenarnya yang terjadi dengan diri ini di Hospital Ranau.
 
Check punya check, aku sihat, doktor juga tidak tahu apa keputusannya. Kemudian, pemeriksaan jantung menggunakan Electrocardiography dilakukan untuk menganalisis keadaan jantung. Keputusannya sangat bagus. 99/100. Tekanan darah juga sangat cantik dan menunjukkan aku sihat sejahtera. Dan aku diberikan ubat buang angin, ubat gastrik tanpa dos dan beberapa ubat lain yang berkaitan. Iya, angin memang angin dalam badan. Ditambah pula dengan fikiran yang bukan-bukan, sakit akan bertambah walaupun sebenarnya kesakitan itu cuma sedikit.


Untuk menghuraikan kenapa aku menafikan entri yang aku tulis sendiri ialah kerana perubahan spontan pada pemikiran aku hasil kaunseling peribadi dengan doktor yang memeriksa aku, walaupun kaunseling itu tidak lebih dari 20 minit. Dia mengaitkan tahap kesakitan seseorang dengan paranoid experience yang pernah dialami oleh mereka. Paranoid experience, yang mana rasa takut, bimbang dan seumpamanya mengawal diri, hingga memberi kesan terhadap kesihatan seseorang. Maksudnya, kecederaan mental! Awww! Misalnya, penghidap kanser akan dilatih dari segi mental dan psikologi mereka, untuk berpegang bahawa mereka akan sembuh, dan yes.. mereka sembuh hasil, yang salah satu usaha mereka adalah yakin! - bahawa mereka akan sembuh. Lagi, pengalaman baru tentang sistem pencernaan makanan, bagaimana paranoid experience ini dapat mengganggu sistem pencernaan kita. Haha. Lucu mendengar. Aku perlu berfikiran lebih positif terhadap diri sendiri :D

Aku bercerita tentang pencarianku di internet mengenai makanan yang menyebabkan gas di dalam badan. Doktor tersebut tergelak. Katanya, tidak perlu percaya sangat tentang apa yang ditulis di dalam internet2 atau buku-buku tersebut. Kita hanya perlu percaya dengan apa yang kita makan. Aku kata, aku minum air suam  sebab ia dikatakan dapat membantu kita sendawa dan kurangkan angin dalam badan. Begitu juga dengan ENO dan air milo. Dokto gelak lagi. Dia nasihatkan aku, apa yang fikiran aku percaya, badan akan percaya. Jangan terlalu fikirkan tentang apa makanan penyebab angin atau tidak. Makanlah apa saja! Lagi, doktor menambah - be happy, bercakap dengan sesiapa, jangan tertekan, sebab ada orang lebih teruk dari itu tapi tidak datang2 hospital. Aha~ So true.

Ini adalah pengalaman paling berharga dan detik paling bermakna yang berjaya mengubah pemikiran aku dalam masa yang paling singkat yang membawa aku kembali ke satu pemikiran yang positif dan lebih baik. Mungkin aku terlalu memikirkan tentang rasa selesa di dada + pemikiran2 karut tentang sakit, jadi hasilnya, sakitlah aku. Tapi, I feel so much better today, keesokan harinya. Aku bangun dengan lebih semangat dan rasa lebih sihat. Rasa lebih nyaman, rasa lebih bebas. Miracle, kan? Kuasa pemikiran.

Betul apa yang dikatakan oleh doktor tersebut, apa yang kita fikir, itulah yang akan jadi dengan badan kita. Jadi, buang segala kerisauan, jangan terlalu fikir tentang sesuatu benda, jangan terlalu risau, kerana ia akan membuatkan kita sakit, ikut kecederaan mental yang menghantui kita. Aku suka untuk kaitkan pengalaman baru dengan dengan perkara2 dalam hidup aku, di mana ada sesetengah orang yang pernah mengatakan aku seperti mayat hidup kerana terlalu sibuk menyiapkan assignment pelanggan tanpa mereka menyedari bahawa itu adalah usaha aku untuk mencari dan menikmati duit hasil usaha sendiri. Ternyata, semangat aku lebih kuat daripada tohmahan mereka dan tidak berjaya untuk mengugat semangat aku untuk terus bekerja, walau tanpa sokongan mereka. We are what we think we are :)

Do whatever you want to do. Aku buat azam sendiri bahawa aku akan menjauhi makanan2 yang mungkin jadi penyebab ketidakselesaan pada dada aku, misalnya makanan pedas, makanan asam dan makanan yang bergas. Aku nafikan itu semua. Buang jauh-jauh. Kalau kita fikirkan sesuatu yang kita hendak lakukan itu memberi kemudaratan kepada kita, maka itu yang akan terjadi kepada kita. So, lets be free. Tidak perlu memikirkan tentang kemudaratan. Makan sesenang hatinya, buat apa saja sesenang hatinya. Live to the fullest without argument. Mau makan mangga sebakul, makanlah. Mau makan kek 2 kilo seorang-seorang, makanlah. Yang penting, set dalam minda bukanlah suatu yang negatif terhadap apa yang kita lakukan. Percayalah, ia tidak akan beri kesan negatif kepada kita. Sebenarnya, aku dah mula berliur ingatkan Ngau Chap di kedai Cina tu. Nyumm! Ngau Chap + Lada bersudu2 + limau.

Pagi tadi aku malas untuk bergerak de dapur dari kamar mandi untuk mengambil sabun pencuci muka. Jadi, pilihan yang ada cuma sabun Antabax, yang pada aku sebelum ini adalah sabun berubat yang cukup kuat untuk membuatkan kulit aku kering dan kusam. We are what we think, itu yang bermain di dalam kepala. Sebelum ini tidak pun jadi kering atau kusam kulit bila guna sabun biasa untuk mencuci muka. Jadi, teruskan. Yakin itu yang pasti. Sabun biasa atau pencuci muka, tetap dapat mencuci muka aku hingga bersih. Yakin paling penting kerana ia hanyalah mainan psikologi kita.

Kan aku dah kata. Aku akan pilih bidang psikologi selepas ini, selain memperbaiki tahap penguasaan bahasa Inggeris.