Monday, June 9

Halangan & Cabaran


Budak2 sekolah rendah memang masih sedikit penguasaan kosa katanya. Bila cuba untuk memahamkan mereka tentang suatu perkataan, perlu sabar melayan mereka supaya mereka faham betul2 apa maksud perkataan tersebut. Tapi kadang-kadang bila sudah meleret2 persoalan si budak, maka lucu la jadinya. Kejadian berlaku semasa menonton satu rancangan tentang halangan dan cabaran kewangan di televisyen.

Budak: Halangan tu apa?
Aku: Dugaan.
Banana: Cabaran.
Budak: Cabaran tu apa?
Aku: Yang mengganggu kita, tahan2 kita bila kita mahu buat apa saja.
Banana: Sesuatu yang menghalang kita dari buat sesuatu.
Budak: Contoh? Hantu?

Hasil tangan budak Rizalman.