Thursday, June 12

Endeavor


Cuma semangat penentu segalanya. Selama ini, aku tidak pernah berusaha untuk mempelajari sesuatu yang sememangnya sangat penting. Selama ini aku tidak kisah ketunggangan keterbalikan grammar bahasa Inggeris aku, dan aku tidak cuba untuk memperbaiki apa2 yang berkaitan dengannya. Kenapa begitu bodollll? Tidak fikir benda penting.

Motivasi untuk belajar lebih lanjut mengenai tatabahasa bahasa Inggeris, bagi non-native speaker bahasa Inggeris macam aku, mula meninggi masa ini. Biarlah terlewat, asal dapat penuhi apa yang dihajati. Sudah mula mencari laman2 web yang boleh digunakan untuk mempelajari grammar bahasa Inggeris di internet. Hendak seribu daya, tak hendak dalih sepanjang masa. Betul tidak? :)

Oh. 1 semester sebelum graduate. Teruja. Tapi yang pasti, ada 3 perkara besar yang aku akan lalui sebelum tamat pengajian, sebelum tamat tahun 2014. Action research, Final exam & temuduga. :) Goodluck in everything, Ema.

Now reading #Study abroad for masters #Fastest way to do agility in 30 seconds_For my actions research #Learn English grammar