Monday, May 12

Rafting: Pegalan River



MODIFIED RAFT
Aktiviti ni tertunda sejak smeester lalu lagi untuk aktiviti bagi subjek Kokurikulum Persatuan. Dan inilah aktiviti persatuan kami, mereka rakit yang diubahsuai dan diamalikan sendiri keberkesanan pengubahsuaian itu di Sungai Pegalan. Sepanjang tempoh menyiapkan rakit ini, aku sememangnya sudah terlalu bosan, malah muak hanya dengan mendengar perkataan 'rakit' sebab ini sajalah kerja sepanjang dua semester. Mengubahsuai PVC tanpa henti.

FLASHBACK: GREG
Ribut Tropika Greg (1999) yang paling teruk melanda Keningau telah menyebabkan kemusnahan harta banda dan banyak korban nyawa. Sungai ini adalah antara sungai yang banyak menyaksikan nyawa terkorban akibat ribut ini.

ENJOY THE JOURNEY
Serakit dengan dua orang rakan sekelas, dengan jumlah 6 modified raft, 1 single kayak dan 1 double kayak, dengan ahli seramai 24 orang yang menyertai ekspedisi Sungai Pegalan. Perjalanan berjalan dengan lancar pada mulanya, biasalah dengan keadaan sungai yang sekejap deras, sekejap air cetek, sekejap air tenang. Sungai Pegalan yang nampak indah ni sebenarnya berbahaya. Kayu, ranting, dahan pokok, bambu adalah halangan yang terpaksa kami elak di sepanjang perjalanan. Dan halangan2 inilah yang telah menyebabkan kejadian capsize banyak berlaku. 

Lupa untuk buat pengenalan. Okey... Lokasi berakit kali ini bermula di Sk. kepayan, Apin-Apin ke Taman Bersatu, Keningau, dengan jarak 25 kilometer mengikut jarak jalan raya. Jarak mengikut sungai? Entahlah. Lebih kurang bgitulah jaraknya. Dan sepatutnya, kami akan berhenti berehat di satu check point iaitu di Dangulad untuk makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Bersatu. Anggaran masa untuk keseluruhan perjalanan adalah 4-5 jam, bermula jam 10.00 pagi.

Pengalaman capsize di Sungai Pegalan memang tidak dapat dilupakan. Kesilapan dari ahli kumpulan juga. Bila berhadapan dengan halangan di hadapan, jika tidak sempat mengelak halangan, pastikan rakit melanggar halangan dalam keadaan berhadapan, dan bukan dari sisi rakit. Malangnya, yang terjadi dengan kumpulan aku, sisi rakit melanggar satu tebing yang terletak di tengah sungai dan malang nasib, capsize. Namun, tetap satu pengalaman yang menyeronokkan. Capsize, kemudian selamatkan diri ke tengah sungai, dan makan cekodok dengan riang sambil ketawa sakan mengimbas kembali tragedi rakit melanggar 'iceberg'. 

Lagi membanggakan, bekalan makanan yang berupa kerepek kacang, kuih cincin, air milo kotak besar, 2 mineral water, dan sebungkus snack kacang masih selamat sebabnya diikat dengan tali pemancing yang dapat mengangkat beban seberat 80 pounds. Macam berpicnic pula.

Perjalanan jadi lebih licin selepas kejadian capsize. Bertuah dapat raft-mates yang pandai mengendali rakit. Lagi pengalaman paling sandi bila aku terpaksa penjadi pengemudi rakit dengan mengayuh paddle ke sisi2 yang diarah oleh Kapten rakit untuk mengelak bambu raksaksa di tengah sungai sambil dua orang raft-mates mengubah haluan rakit dari belakang dengan floating. Sandi memang sandi. Best memang best.

Kemuncak aktiviti berakit adalah apabila beberapa orang rakan terstuck di rimbunan bambu, kaki tersangkut antara ranting kayu dan rakit yang pecah, yang pada pendapat aku sudah berjuta benda yang terperangkap di tempat itu. Bermuda Triangle Mini agaknya. Tapi bagi aku, personaliti orang lain tidak perlu dinilai berdarkan kepada tindakan mereka di saat genting di tengah sungai kerana apa yang penting, pastikan diri terselamat dulu sebelum menyelamatkan orang lain. Pengajaran yang perlu dijadikan teladan. Bila ditanya dengan budak2 kampung yang datang menyaksikan kejadian, rupanya kami masih berada di Kg. Sodomon. Perjalanan masih jauh untuk tiba ke destinasi.

2.00 PM.

Budak2 kampung yang main terjun di sungai Pegalan dengan rilek, bagi aku adalah budak yang berani. Inilah yang ditunjukkan oleh budak2 dari Kg. Sodomon. Memanglah, sungai ni sudah jadi tempat jatuh dan bangun mereka. 

Alhamdulillah, semua selamat, walaupun berlaku banyak kehilangan harta benda termasuk telefon bimbit, beg kesayangan mereka, kasut, cermin mata dan macam2lah. Yang penting, semua selamat.

Meneruskan perjalanan mencari kampung yang berhampiran dengan jalan raya dengan bermacam2 cara.  Berhadapan lagi dengan sungai2 yang deras, kuatkan hati untuk bertahan. rasa bersyukur dikurniakan dengan otot yang besar ni (Haha), yang sangat penting untuk menahan arus deras air sungai semasa berusaha menarik rakit ke tepi sungai. Kuatkan hati untuk meneruskan perjalanan. Yang dapat ditampung oleh rakit, berakit2 lah ke hilir. Yang lain hanya bergantung kepada life jacket untuk floating, dan jika ada jalan darat yang sesuai, berjalanlah melalui darat. Aduh.. pengalaman tu kan. Tidak ada dijual di pasar malam.

Bila berpeluang untuk berehat, kami akan berehat. berehat sambil tidur di sungai yang panas, sebabnya kebanyakan kami mengalami kesejukan yang agak mencabar.

5.00 PM.

Tiba di tepi sungai sebuah kampung. Aku dan ketua jabatan cuba meminta bantuan dengan penduduk kampung berhampiran. Kampung terdekat adalah pada jarak 600 meter. Macam orang gila rasanya keluar dari hutan, minta bantuan dari sesiapa yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pertama, menahan seorang pemandu kereta, tetapi tidak dilayan. Bantuan kedua, pemandu tidak membawa telefon bimbit. Ketiga, barulah bantuan diberikan oleh tiga orang Pakcik yang baik hati dan sanggup berkorban untuk membantu kami. Rupanya, kami berada di Kampung Baginda, Keningau dan masih berbaki lebih kurang 1 jam untuk tiba ke destinasi, Dangulad, jika kami meneruskan perjalanan. Dan mungkin mengambil masa sehingga malam untuk menghabiskan ekspedisi sehingga ke Taman Bersatu, Finishing Point!

Bantuan datang dengan pantas. Terima kasih atas bantuan 3 orang penduduk Kampung Baginda.

7.00 PM.

Semuanya selesai, pulang ke campus dengan mimpi2 ngeri capsize setiap kali terpejam mata sepanjang perjalanan pulang ke campus. Nightmare mengejar.

Masa yang diambil untuk menghabiskan trial ini adalah 8 jam untuk 1 per 3 dari jarak perjalanan sebenar. Rafting SK. Kepayan ke Kg. Baginda - Great experience!

SECOND CHANCE
Pengalaman berakit di Sungai Pegalan dengan PVC yang diubahsuai memang pengalaman yang mencabar, menakutkan tapi cukup seronok untuk dikenang. Tapi untuk mengulangi lagi kejadian yang sama di masa hadapan, cukuplah setakat ini. Api kalau kecil jadi kawan, besar jadi lawan. Begitu juga dengan air.