Thursday, May 8

Kursus Pergigian



KURSUS GIGI
Tidak cukup dengan Pendidikan Kesihatan sebagai kursus minor di kampus, dilengkapkan lagi dengan Kursus Gigi yang mana banyak bagi aku pengetahuan baru berkenaan dengan gigi manusia walaupun cuma pada asas sahaja. Rumusan kursus gigi, didapati bahawa kebersihan gigi dalam kalangan peserta adalah 66% di tahap A, 31 % tahap C, dan 4% tahap E. Oh man~ Ada juga dapat E. Dalam banyak2 peserta yang menyertai kursus ini juga, 55 orang mengalami karies gigi, 38 orang mengalami kehilangan gigi (105 gigi hilang secara keseluruhannya), 58 gigi perlu ditampal, 9 gigi perlu dicabut dan seramai 5 peserta memakai gigi palsu. Jeng jeng jeng.. siapakah anda? hehe.

FLORIDA
Florida adalah sebuah negeri yang terletak di United States. Selain itu, Florida juga adalah bahan yang terkandung dalam ubat gigi sebenarnya membantu dalam penyembuhan gigi berkaries. Tapi ada juga makhluk Tuhan yang konpius dengan Florida ni. X adalah makhluk Tuhan yang baru sahaja menerima hadiah Colgate kerana berjaya menjawab kuiz kursus pergigian.

X: (Belek2 hadiah Colgate) Colgate ni ada California ka?
Y: California?
X: Iya... ada?
Y: Apasal California pula? Florida la.

UBAT GIGI
Note: Tidak kiralah ubat gigi jenis apa yang dguna, ubat gigi tu sepatutnya cuma dalam jumlah yang sedikit, cukup2 memenuhi ruang tengah berus gigi, dan bukannya ubat gigi yang melebih2 macam di gambar bawah tu, macam yang kita2 buat setiap hari.