Friday, May 2

Gardening.



EXERCISE
Exercise di Kompleks Sukan Ranau selewat jam8.30 pagi sebabnya gimnasium cuma akan buka pada jam tersebut. Ahaaa~ Gym-ing dengan Banana sebab kakaKu yang seorang ni tidak akan pernah duduk diam tanpa melakukan apa2 aktiviti fizikal. Aku pula kena patuh dengan pelawaannya atas kesedaran aku semakin membulat sejak akhir-akhir ni. Nampak gayanya kena juga menghirup udara di luar kerana udara apa yang dihirup di dalam gym itu cuma menyesakkan dada, bukan menyegarkan. Hew~Hew~

GARDENING
Selesai gym-ing, beralih dengan hiking. Cuma mengambil jarak sedekat 1km ++ untuk sampai ke kebun daddy. Best. Mulanya plan membawa Maggi Kari Letup untuk dimasak di unggun api. Tapi bila tiba di kebun, Daddy sudah sedia dengan ikan2 panggangnya yang nampak lebih menyelerakan. So for today, Durian berulas2 + Langsat berbiji2, ikan panggang.

Yummy! Great day! :D