Friday, April 18

Valuing Humanity



SOME PEOPLE ARE STUPID
Ada manusia yang dalam dirinya tiada langsung wujud nilai kemanusiaan. Don't judge the book by it's cover. Iya.. Itulah pepatah yang peling betul di dunia. Tapi kalau cover yang sama ditunjuk setiap kali melakukan sesuatu benda, aku pon dah bosan untuk menyampah.

SOME PEOPLE ACT LIKE A CLEVER
Ada manusia yang rasa dirinya macam tinggi sangat. Manusia-manusia inilah yang menganggap dirinya bijak. Manusia ini juga yang komplen tidak habis-habis tentang semua benda. Selalu sebenarnya TERbaca post si beliau di news feed. Mau tidak mau, baca saja postnya sampai habis. Bertema pula postnya. Masa pilihan raya, postnya mengomplen itu ini pasal kemajuan Daerah Ranau, yang mana aku yakin kemajuan untuk kampungnya pun rasanya dia tidak pernah turut serta, cuma handal menekan2 keybord komputer, sambil rancak otaknya menyusun ayat untuk dipost di Facebook. Asyik cakap pasal benda kemunduran yang entah tidak pandai habis2, tidak pandai tamat2. Tapi yang pasti, post si beliau ini tidak pernah lari daripada mengomplen kerajaan. Pengomplen tegar!

Entri ditulis sebagai peringatan kepada diri dan bloggers. Ingatan bahawa kita sebagai manusia kenalah amalkan sikap keperimanusiaan. Kalau rasa diri itu binatang, amalkanlah nilai-nilai kehaiwanan. Ikutlah.. kalau anda seekor kambing, amalkanlah nilai kekambingan. Begitulah umpamanya.

Si beliau ini kesnya, mengepos status dengan ayat menghina dan mencaci tentang mendiang Karpal Singh, yang semalam meninggal dunia akibat nahas jalan raya. Rest in Peace. Orang yang sudah meninggal pun dimaki. Mana letak otak? Tiada nilai kemanusiaan betul. Aduih beliau.. dihayati betul kebebalan yang ada dalam dirinya sendiri. Kebodohan bertalu2. Akhirnya, diremove dari senarai rakan di Facebook setelah tidak tahan dengan penyampahan yang balik2 tumbuh dalam diri ni setiap kali si beliau mengepos status.

Ada baiknya jauhi fikiran2 yang negatif, dengan menjauhi manusia2 negatif macam si beliau ini. Si beliau ini bukan lagi pembangkang namanya sebab pembangkang pun dia komplen juga. Si beliau ini dikelompokkan dalam golongan haters.

Sekurang-kurangnya, tunjukkan hormat kita sesama manusia, sama ada yang masih hidup, atau sudah meninggal dunia. Kaitan pelaksanaan Hudud dengan Karpal, Tuhan saja yang tahu. Tuhan sudah menentukan takdir manusia sejak dulu lagi, jodoh atau ajal maut. Kalau ada benda baik yang dilakukan oleh si mati, kenapa perlu ambil yang negatif? Ambillah yang positifnya. Bukan untuk benda ini saja, tapi untuk benda2 lain yang berkaitan dengan kehidupan kita.