Monday, April 14

Ujian Kecergasan Fizikal - untuk bakal guru IPGM: My point of view


Gambar dipinjam dari kawan Rugbi.

POINT OF VIEW
Untuk pertama kalinya, inilah yang terbaik pernah aku lihat yang wujud dalam sistem IPGM. Memang terbaik, dan sepatutnya, ia sudah dimulakan lebih awal. 5 stars! - sebabnya temuduga ni bukan saja melihat kepada pencapaian akademik calon guru, tetapi juga dari segi keupayaan jasmaninya. Aku memang suka bila ada ujian yang menggabungkan antara jasmani & intelek. Terutamanya ujian macam ni. Barulah ada nilai kemanusiaan & keadilan kelihatan di sana.

Untuk menghasilkan generasi baru yang serba serbi lengkap dari aspek JERISnya, seperti yang dihasrat-hasratkan selama ini, kenalah lahirkan guru yang berJERIS sempurna terlebih dahulu. Tiada individu yang sempurna sebagai seorang manusia, tapi wujud manusia yang sempurna untuk menjadi seorang guru. Betul kan? Bak kata pepatah, guru kencing berdiri, murid kencing berlarian. Guru lembik, murid  lembiklah.

Lagi... kita sepatutnya membanggakan mereka yang baik dalam akademik, baik juga dalam bidang sukan. Yang 10, 11, 12A masuk institut pendidikan tu macam terkedek2 jak kejar bola. Ditanya main sukan apa... Oh! Congkak! Haha. Sukan juga kan? Permainan tradisional... Gagaga! (Aku reject golongan begini awal2 lagi..). Tidak tahu apa komponen yang diuji dalam ujian kecergasan fizikal ni. Aku harap lari 2.4KM la. Kita tengok siapa yang ada di barisan depan masa berlari. Aku yakin bukan yang 10, 11, 12A la. Golongan2 ini mungkin lari setempat jew. Kalau akulah penemuduga itu, aku akan pilih semua calon bakal guru yang terdiri daripada mereka yang baik dalam kedua-dua bidang ini, sebab sebenarnya aku lebih respect mereka2 ini. Malangnya, aku bukan penemuduga. Hanya jadi pengulas sukan TV3 dari satu sudut di dapur rumah sewa di Kiawayan, Tambunan. Hihi~

Aku harap inilah yang aku alami masa temuduga untuk PISMP, lebih kurang 5 tahun lalu. Bagi aku, guru itu perlu cekal, tough dari pelbagai segi. Tidak kelihatan lemah di depan murid, tetapi nampak hebat di mata mereka. Pendek kata, mereka adalah manusia2 yang aktif dalam sukan.