Saturday, April 12

Things we forgot to remember


WE FORGOT TO REMEMBER
Saat kita melihat diri kita berjaya dengan menuai hasil-hasil usaha selama ini, kita lupa untuk mengimbas kembali dari mana datangnya kita, dari mana tumbuhnya kita, dari mana mulanya kejayaan itu.
FORGOT THE MOST IMPORTANT
Baru2 ini terima Anugerah Olahragawati IPGM. Malah sejak dahulu terima anugerah Tokoh Sukan di sekolah menengah dan sekolah rendah, malah, anugerah cemerlang dalam akademik. Disebalik tahniah demi tahniah yang diterima oleh orang sekeliling, di sebalik rasa bersyukur kerana mempunyai masyarakat sekeliling yang sentiasa hadir untuk mengucapkan tahniah dan memberi sokongan untuk setiap kejayaan, rupanya aku terlupa bahawa aku telah melupakan seseorang yang banyak berjaya, yang banyak bertanggungjawab atas tuaian hasil ini. Its my Daddy :'(
Terlupa untuk ucap terima kasih, kerana Daddy sememangnya yang telah mencetuskan banyak kejayaan demi kejayaan yang dikecapi dari dahulu hingga kini. Hakikatnya, kejayaan ini bukan kesan daripada usaha aku dengan orang lain, tiada juga kaitan dengan makcik2 aku, pakcik2 aku, sepupuh satu kali, pensyarah, apatah lagi kawan2. Tiada.. cuma Daddy. Cepat sangat diri ini lupa siapa kita sebenarnya. Walhal, tidak sukar manapun untuk berterima kasih. Tidak sengaja, hanya terlupa. LUPA itu musuh kita. Tapi dia tidak pernah lupa, untuk mengucapkan tahniah kepada aku, dengan nasihat 'Berusaha lebih gigih di masa hadapan'.

MANUSIA MUDAH LUPA
Aku bagai kacang lupakan kulit, banyak berterima kasih dengan orang sekeliling yang tidak ada kena mengena dengan kejayaan ini. Back to basic. Thanks to Allah S.W.T & Our Parents.