Tuesday, April 15

The second time.. I din even care about food



MEETING... AGAIN~
Masuk yang kedua kali untuk minggu ini, harini akan ada meeting lagi. Semalam meeting tentang sejenis skim yang aku juga tidak pasti apakah ia, tapi berkaitan dengan pemangku perkhidmatan bla bla bllllaa.. Harini pula meeting pasal Peningkatan Prestasi.

Dengar2 khabar dari kantin sekolah, ada dihidangkan makanan tengahari ini. Kepala mula menganalisis.Maknanya, meeting akan mengambil masa lama - dalam 3 jam paling awal dan 4 jam paling lewat. Lebih baik tiada makanan dan meeting cuma 1 jam, kan? Hehe. Rupanya di sebalik kebaikan hati Guru Besar SK. St. Francis Cabrini Nambayan ini membelanja staff2nya mee, ada udang di sebaliknya. Tapi aku tidak cakaplah makanan harini adalah mee, dengan gabungan meletup dari udang. Harapnya yang lebih sedap la.

Kalau makanan tu adalah mangga dan sambal belacan sebagai side dishes, mungkin boleh terima. Meeting sampai malam pun ndak la ku kisah..  Berliur~ Gagagag~